Skip to main content

Singapura

Rumah jagaan warga emas tidak terima pelawat selama 4 minggu: MOH

Semua lawatan ke rumah penjagaan warga emas akan digantung mulai Isnin (13 Sep) menyusuli peningkatan bilangan kes COVID-19 dalam kalangan kakitangan, pelanggan dan penghuni.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Sep 2021 04:37PM Dikemas Kini : 12 Sep 2021 09:21PM

SINGAPURA: Semua lawatan ke rumah penjagaan warga emas akan digantung mulai Isnin (13 Sep) menyusuli peningkatan bilangan kes COVID-19 dalam kalangan kakitangan, pelanggan dan penghuni.

42 kes COVID-19 dikesan sepanjang dua minggu lalu di 18 kemudahan penjagaan warga emas, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (12 Sep).

"Dengan jumlah kes dijangka terus meningkat dalam beberapa minggu akan datang, kami perlu mengambil tindakan lanjut untuk melindungi golongan warga emas yang mudah terjejas dalam sekitaran sedemikian," menurut MOH.

Semua lawatan digantung selama empat minggu, sehingga 11 Oktober.

"Ini adalah langkah sementara untuk memberi kami masa menggalak lebih ramai warga emas yang belum divaksin supaya berbuat demikian, dan melancarkan program vaksin perangsang bagi penghuni kemudahan penjagaan warga emas," menurut MOH.

KAKITANGAN, PENGHUNI DIUJI LEBIH KERAP

Kakitangan, penghuni dan pelanggan kemudahan penjagaan warga emas akan diuji lebih kerap menggunakan Ujian Pantas Antigen (ART) sebagai sebahagian daripada usaha untuk "memperhebat" rejim ujian, menurut MOH.

MOH juga menggalak waris kepada warga emas yang belum divaksin di kemudahan jagaan warga emas "supaya menyokong dan menggalak mereka supaya mendapatkan vaksin".

"Warga emas yang belum divaksin mungkin mengalami sakit teruk jika dijangkiti. Ia juga penting bagi warga emas yang sudah divaksin untuk mendapatkan vaksinasi perangsang apabila ia ditawarkan, bagi memastikan tahap imun yang tinggi dan perlindungan daripada penyakit itu," menurut MOH. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita