Rumah jagaan warga emas sediakan hidangan lebih enak dan sihat di bawah inisiatif AIC
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Makanan yang dihidangkan di rumah jagaan warga emas biasanya dianggap sebagai makanan mudah dimakan oleh para penduduk.
Sekalipun demikian, makanan di beberapa rumah jagaan di Singapura melalui pembaharuan, dengan hidangan seperti ayam panggang, sup telur dan sup miso disediakan.
Lebih 20 rumah jagaan bekerjasama dengan tukang masak untuk memperbaiki jenis hidangan, di bawah program dikendalikan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).
Mereka memanfaatkan teknologi untuk mencipta hidangan yang bukan sahaja lebih enak, malah lebih berkhasiat.
Sebahagian besar program tersebut dibiayai AIC, dengan setiap rumah jagaan tidak berbelanja lebih daripada S$2,000.
HIDANGAN LEBIH ENAK DAN SIHAT
Di Rumah Jagaan Ren Ci yang terletak di Ang Mo Kio, usaha untuk meningkatkan pilihan makanan yang ditawarkan dan memperbaharui perkakas dapur dijalankan selama beberapa bulan.
Menurut rumah jagaan itu, perubahan pada makanan yang dihidangkan kepada 470 penduduk dapat memperbaiki selera dan kesihatan mereka.
Sebagai contoh, makanan yang dipanggang dan dibakar. Ini hidangan yang biasanya tidak disediakan di rumah jagaan. Namun kini, ditawarkan.
Pengarah eksekutif Darren Au Yeong memberitahu CNA bahawa rumah jagaan itu menggunakan teknologi seperti ketuhar pelbagai fungsi. Ia membantu rumah jagaan itu menyediakan makanan dalam jumlah lebih besar, dengan cara lebih sihat.
Di bawah program baharu AIC, rumah jagaan itu sedang mempelbagaikan pilihan makanannya dan mengenalkan lebih banyak rasa dan tekstur pada makanan, tambahnya.
Usaha tersebut sedang dijalankan di bawah bimbingan syarikat rundingan memasak Project Chef, yang merangkumi cef-cef terkemuka yang membantu rumah jagaan.
PIAWAIAN LEBIH TINGGI
Encik Xu Tianmu, pengarah dan cef perunding Project Chef, berkata bahawa pembaikan pada resipi merupakan tumpuan utama.
Sejak lima hingga 10 tahun lalu, banyak rumah jagaan tidak mempunyai prosedur piawaian standard, atau resipi dan menu yang diselaraskan, tambahnya.
"Semua menu dan resepi kami diperoleh dari hotel dan restoran, jadi kami menetapkan piawaian yang tinggi di rumah jagaan," kata Encik Xu terhadap usaha Project Chef.
Cik Heidi Rafman, ketua bahagian mutu AIC, memberitahu Mediacorp bahawa secara purata, kadar kepuasan penduduk rumah jagaan terhadap menu baharu itu naik 45 peratus.
AIC kini sedang menghubungi lebih banyak rumah jagaan warga emas untuk menyertai program tersebut dan mengenal pasti cara untuk memperbaiki proses mereka.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.