Rumah jagaan, klinik GP ambil langkah pencegahan terhadap mpox, pastikan bekalan perubatan cukup
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sesetengah rumah jagaan, hospital dan klinik GP sudah mula melaksanakan langkah-langkah pencegahan setelah sejumlah kes mpox dilaporkan di rantau ini.
Ia termasuk mendekati pembekal vaksin, memantau sejarah perjalanan para pesakit dan memastikan ada bekalan perubatan mencukupi, sekiranya perlu.
Rumah Rawatan Bethany misalnya, sedang menyiapkan notis bagi menasihati para penjaga dan pelawat yang menunjukkan sebarang gejala berkaitan mpox atau yang pernah melakukan perjalanan ke daerah terjejas supaya mengelak daripada mengunjungi rumah rawatan tersebut.
Ia juga sedang memeriksa dan memantau bekalan keperluan seperti pelitup, cecair pembasmi kuman dan termometer.
Pada Jumaat lalu (16 Ogos), MOH sudahpun mengeluarkan surat pekeliling kepada semua GP.
Menurutnya, kes yang disyaki dijangkiti mpox perlu diasingkan daripada pesakit lain.
Pekerja jagaan kesihatan juga mesti menggunakan alat perlindungan peribadi (PPE) apabila menguruskan kes sedemikian.
Tempat-tempat yang terdedah kepada pesakit sebegitu juga perlu dibersihkan, dengan menggunakan cecair pembasmi kuman berasaskan peluntur.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.