Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ruang solat Jumaat ditambah; 78,950 ruang dibuka untuk 3 & 10 Sep

Lebih banyak ruang solat di masjid dibuka bagi dua solat Jumaat pertama pada bulan September. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berkongsi di Facebooknya hari ini (30 Ogos) bahawa sejumlah 78,950 ruang disediakan bagi solat Jumaat pada 3 dan 10 September.

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang solat Jumaat ditambah; 78,950 ruang dibuka untuk 3 & 10 Sep

Para jemaah mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Falah pada 17 Jul 2020.

Diterbitkan : 30 Aug 2021 06:44PM Dikemas Kini : 30 Aug 2021 06:48PM

SINGAPURA: Lebih banyak ruang solat di masjid dibuka bagi dua solat Jumaat pertama pada bulan September. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berkongsi di Facebooknya hari ini (30 Ogos) bahawa sejumlah 78,950 ruang disediakan bagi solat Jumaat pada 3 dan 10 September.

MUIS menjelaskan peningkatan pada bilangan ruang solat Jumaat di masjid dapat dilakukan berikutan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan.

(Gambar: MUIS/Facebook)

(Gambar: MUIS/Facebook)

Menurut Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung pada Ahad, 80 peratus penduduk Singapura kini sudah menerima suntikan lengkap dua dos vaksin COVID-19.

"Alhamdulillah, kami juga sukacita untuk berkongsi bahawa jemaah kini boleh menempah sesi solat mereka sekali pada setiap dua minggu, Maka itu, sesiapa yang tidak berjaya mendapatkan ruang solat hanya pada 27 Ogos boleh menempah slot semasa tempoh pendaftaran ini," menurut MUIS.

(Gambar: MUIS/Facebook)

(Gambar: MUIS/Facebook)

Sebanyak 53 masjid akan menawarkan antara dua hingga 10 zon khas buat jemaah yang sudah lengkap divaksin.

Sementara itu, bagi jemaah yang belum divaksin sepenuhnya atau tidak boleh divaksin atas sebab perubatan tertentu, mereka masih boleh mengerjakan solat Jumaat berjemaah di 13 masjid yang menawarkan satu zon sahaja, tanpa perlu menjalani ujian pra-acara (PET).

(Gambar: MUIS/Facebook)

(Gambar: MUIS/Facebook)

Tempahan bagi ruang solat Jumaat untuk kedua-dua tarikh 3 dan 10 September akan dibuka esok pada jam 10.00 pagi melalui pautan ini: https://ourmosques.commonspaces.sg atau menerusi app Muslim.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan