Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ruang seni baharu di Kampong Jawa

Sebuah ruang seni baharu akan dibuka di Kampong Jawa pada 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang seni baharu di Kampong Jawa
Diterbitkan : 28 Dec 2024 07:50AM Dikemas Kini : 28 Dec 2024 07:51AM
SINGAPURA: Sebuah ruang seni baharu akan dibuka di Kampong Jawa pada 2025.

Badan seni 19SixtyFive telah dianugerahkan tender untuk mengubah premis deretan hartanah warisan yang dipulihkan bersebelahan Ibu Pejabat Divisyen Polis Tanglin.

Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) menerima lima cadangan untuk mereka semula barisan hartanah itu sebagai tempat pertemuan yang bertenaga untuk masyarakat kreatif.

Bidaan 19SixtyFive menang, melibatkan mengubah kawasan itu menjadi tempat pertemuan seni pelbagai disiplin.

Ini termasuk ruang galeri, kawasan persembahan dan studio.

Penganjuran pesta seni tahunan juga sedang diusahakan.

Badan itu merancang untuk menawarkan kadar harga yang berbeza untuk ruang seni, bagi memastikan ia kekal dalam kemampuan ramai dan mudah diakses.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan