Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ruang selamat di sekolah selepas kelas hindarkan kegiatan kurang sihat: Presiden Halimah

Puan Halimah Yacob pada Khamis (25 Feb) melancarkan pembukaan 'The Galaxy', sebuah kemudahan ruang yang selamat di Sekolah Menengah Bukit Merah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Feb 2021 09:38PM Dikemas Kini : 25 Feb 2021 09:47PM

SINGAPURA: Menyediakan ruang yang selamat di sekolah-sekolah untuk para pelajar luangkan masa selepas waktu sekolah.

Ini adalah salah satu cara untuk menyokong para pelajar yang berisiko serta menjauhkan mereka daripada kegiatan-kegiatan kurang sihat.

Menurut Presiden Halimah Yacob ini adalah penting terutama sekali sedang lebih banyak keluarga terjejas teruk di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Puan Halimah mengulas sedemikian pada Khamis (25 Feb) semasa melancarkan pembukaan "The Galaxy", sebuah kemudahan ruang yang selamat di Sekolah Menengah Bukit Merah.

Pusat tersebut merupakan pusat kegiatan selepas waktu sekolah yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar sekolah itu.

Mereka boleh menganjurkan pelbagai kegiatan bersama rakan-rakan serta guru-guru mereka jika mereka tidak mahu pulang ke rumah sejurus selepas sekolah.

Puan Halimah berkata ia semakin penting untuk menyediakan sokongan terutama sekali sewaktu pandemik COVID-19 yang boleh meningkatkan tekanan kepada para pelajar.

Beliau berkata: "Secara keseluruhannya usaha untuk membantu para pelajar yang bukan datang daripada keluarga yang dapat memberikan banyak sokongan, mempunyai masalah-masalah lain seperti motivasi rendah untuk datang ke sekolah, menerusi program-program yang diadakan adalah amat baik untuk menyokong mereka.

"Kita harus mengadakan program-program tersebut dalam sekolah supaya kita mengadakan suasana inklusif dan menyokong para pelajar yang memerlukan. Dengan adanya suasana inklusif, para pelajar dapat menamatkan persekolahan dengan baik dan kita membina masyarakat inklusif juga," tambah beliau. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan