Skip to main content

Singapura

Ruang iklan percuma untuk badan amal terpilih; tingkatkan kesedaran: SMRT

SMRT akan menawarkan ruang iklan percuma di pelbagai platform stesen dan perhentian basnya bagi membolehkan badan-badan kebajikan terpilih meningkatkan kesedaran berhubung usaha amal mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang iklan percuma untuk badan amal terpilih; tingkatkan kesedaran: SMRT

SMRT akan menawarkan ruang iklan percuma bagi badan-badan kebajikan terpilih untuk meningkatkan kesedaran berhubung usaha amal yang dijalankan mereka. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 May 2026 09:04PM
SINGAPURA: SMRT akan menawarkan ruang iklan percuma di pelbagai platform stesen dan perhentian basnya bagi membolehkan badan-badan kebajikan terpilih meningkatkan kesedaran berhubung usaha amal mereka.

Ia merupakan sebahagian daripada sumbangan sehingga S$1 juta selama tiga tahun oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura untuk menderma atau melakukan kerja-kerja sukarela.

Badan-badan kebajikan, khususnya yang mempunyai status Institusi Bertaraf Awam (IPC), akan dapat menjalankan kempen kesedaran dan pengumpulan dana di seluruh rangkaian rel kendalian pihak SMRT.

Rangkaian rel tersebut merangkumi Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle, serta Laluan LRT Bukit Panjang.

SMRT turut menjalin kerjasama baharu dengan Galeri Nasional Singapura untuk mempromosikan seni, budaya serta acara-acara awam di sepanjang rangkaiannya.

"Setiap hari, lebih tiga juta perjalanan berlaku di rangkaian SMRT. Tiga juta detik - perjalanan, pergerakan, dan renungan, berlaku merentas nadi-nadi bandar kita.

"Bagaimana jika detik-detik ini boleh diubah menjadi sesuatu yang lebih bermakna? Bagaimana jika ruang yang kita lalui setiap hari mampu memberi inspirasi, mencetuskan pemikiran, dan memperdalam rasa jati diri kita sebagai rakyat Singapura?," kata Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, David Neo.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita