Skip to main content

Singapura

Ruang di Koridor Utara-Selatan bakal disediakan untuk kegunaan masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang di Koridor Utara-Selatan bakal disediakan untuk kegunaan masyarakat

(Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat)

SINGAPURA: Ruang seluas kira-kira 30 padang bola sepak di kawasan Koridor Utara-Selatan mungkin disediakan untuk kegunaan masyarakat apabila ia siap kelak dalam masa empat tahun akan datang.

Orang ramai kini boleh memberikan pendapat mereka tentang apa yang perlu ada di ruang itu.

Bengkel pertama bagi mengumpulkan saranan-saranannya diadakan pada Sabtu (29 Jul) yang dihadiri hampir 40 kumpulan dan penduduk.

Saranan-saranan yang diterima oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) termasuk menyediakan lebih banyak laluan berbasikal dan tempat pejalan kaki serta banyak tanam-tanaman.

Para penduduk mencadangkan untuk menghijaukan kawasan dan menyediakan lebih banyak ruang masyarakat di Kampong Java Road dan lebih banyak lorong bas di Ang Mo Kio Avenue 6.

Bagi Marymount Road, cadangannya juga adalah untuk menyediakan lebih banyak ruang masyarakat.

Koridor Utara-Selatan sepanjang lebih 21 kilometer menganjur dari Rochor ke Sembawang.

Ia merupakan sebahagian daripada rancangan untuk meningkatkan lagi ketersambungan antara kawasan utara dan bandar.

Sebahagian besar jalan rayanya akan berada di bawah tanah, menerusi terowong dan jejambat.

Ini bermakna jalan-jalan raya di permukaan bumi boleh diubah untuk memberi keutamaan bagi penggunaan pejalan kaki, pengayuh basikal dan pengangkutan awam.

Ia sedang dibina dan dijadualkan dibuka secara bertahap-tahap.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita