Ruang awam hubungkan Little India, Kampong Gelam & Waterloo Street antara usulan rancangan di Koridor Utara-Selatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: LTA
SINGAPURA: Apabila Koridor Utara-Selatan siap kelak, permukaan jalan di sepanjang projek tersebut juga akan berwajah baharu, dengan ruang awam yang menghubungkan daerah kebudayaan di bandar serta kawasan permainan dipenuhi dengan kehijauan di kawasan kejiranan.
Idea-idea awal bagi usaha menyuntik nafas baharu itu didedahkan Penguasa Pengangkutan Darat pada Selasa (27 Ogos).
Antara idea yang dikongsi adalah untuk mewujudkan ruang awam ikonik di persimpangan antara Rochor Canal Road, Sungei Road dengan Jalan Besar. Ia akan berfungsi sebagai titik tumpuan yang menghubungkan tiga daerah budaya - Little India, Kampong Gelam dan Waterloo Street.
"Sebahagian daripada Ophir Road bersebelahan dengan Kampong Gelam juga boleh berubah menjadi laluan pejalan kaki untuk mewujudkan ruang awam bagi landskap dan acara diadakan, sekali gus memberi peluang untuk meraikan warisan dan budaya," kata LTA dalam kenyataan media.
"Ini akan menambah ruang yang tersedia untuk berjalan kaki, pengalaman berbasikal, dan mengukuhkan hubungan ke daerah dan jalan sekitarnya."

Koridor Utara-Selatan sepanjang 21.5 kilometer dilakarkan dengan tujuan untuk meningkatkan keterhubungan dari bahagian utara Singapura ke kawasan bandar, yang akan dimanfaatkan para penduduk di bandar-bandar seperti Sembawang, Yishun, Ang Mo Kio, Toa Payoh, Novena dan Rochor.
Ia merangkumi pembinaan jejambat di utara dan terowong bawah tanah di bahagian selatan.
Apabila trafik jalan permukaan dilencongkan ke jejambat dan terowong tersebut, ia dapat memperuntukkan ruang jalan raya seluas kira-kira 30 padang bola sepak untuk kegunaan lain, menurut LTA sebelum ini.
Dijangka siap secara berperingkat mulai 2027, ia juga akan menjadi koridor pengangkutan bersepadu yang pertama di negara ini yang merangkumi lorong bas ekspres, laluan pejalan kaki dan laluan utama berbasikal.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.