Ruang aktiviti baharu dibuka di Bedok bagi golongan kurang upaya
Golongan kurang upaya dan para penjaga yang tinggal di Bedok kini boleh mengakses bengkel-bengkel dan program-program yang dianjurkan berdekatan rumah mereka.
- Golongan kurang upaya dan para penjaga yang tinggal di Bedok kini boleh mengakses bengkel-bengkel dan program-program yang dianjurkan berdekatan rumah mereka.
- Inisiatif itu ditawarkan melalui sebuah ruang kongsi baharu yang dikendalikan oleh SPD, iaitu sebuah badan amal tempatan yang ditubuhkan bagi membantu golongan kurang upaya.
- Ruang tersebut merupakan hasil kerjasama antara Hab Khidmat Pengupayaan (ESH) di Tampines dengan sebuah kumpulan akar umbi Bedok.
- Salah satu perkara utama yang SG Enable bincangkan dengan para penjaga dan klien, SG Enable mendapati sebahagian daripada mereka banyak menghabiskan masa di rumah, jadi interaksi sosial menjadi kebimbangan utama.
Inisiatif itu ditawarkan melalui sebuah ruang kongsi baharu yang dikendalikan oleh SPD, iaitu sebuh badan amal tempatan yang ditubuhkan bagi membantu golongan kurang upaya.
Ia juga sebahagian daripada Pelan Induk Pemerkasaan 2030, yang bertujuan meningkatkan akses kepada perkhidmatan bagi golongan yang memerlukan.
"Mungkin ada hab-hab di luar sana, tetapi seringkali apabila anda mempunyai anggota keluarga kurang upaya di rumah, ia sangat sukar untuk membawa mereka dari satu tempat ke satu tempat lain, dan mempunyai lokasi yang berhampiran sangat, sangat membantu keluarga untuk mendapatkan jagaan, sokongan dan intervensi yang diperlukan.
"Hab ini juga berperanan sebagai hab sumber untuk membimbing orang ramai, terutama sekali, penjaga, bagaimana untuk melakukan penyesuaian diri," kata Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Dinesh Vasu Dash.
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuk bengkel pengurusan kewangan, kelas senaman Zumba dan aktiviti kraf tangan.
Ruang tersebut merupakan hasil kerjasama antara Hab Khidmat Pengupayaan (ESH) di Tampines dengan sebuah kumpulan akar umbi Bedok.
Buat masa ini terdapat tiga ESH di seluruh Singapura.
Menurut SG Enable, pihaknya akan menimba pengalaman daripada hab-hab tersebut untuk meneroka kemungkinan bagi masa hadapan.
“Salah satu program yang kami bincangkan adalah aktiviti sukan. Salah satu perkara utama yang kami bincangkan dengan para penjaga dan klien, kami mendapati sebahagian daripada mereka banyak menghabiskan masa di rumah, jadi interaksi sosial menjadi kebimbangan utama.
"Maka, aktiviti sukan seperti bola keranjang, badminton, bola pikel (pickle ball) dan sebagainya membantu mereka berinteraksi antara satu sama lain.
"Pada masa yang sama, dengan adanya para relawan, ia mewujudkan suasana pelibatan masyarakat,” kata Pengurus Kanan ESH@Tampines, Zunaidah Shahul Hamid.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.