RTS JB-SG dijangka percepat aliran keluar tenaga mahir dari Johor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor perlu memperhalusi strategi ekonomi rentas sempadan serta memperkukuh kejelasan dasar bagi menangani cabaran aliran keluar tenaga kerja mahir menjelang pengoperasian perkhidmatan Sistem Gerak Cepat (RTS) pada awal tahun depan.
Pengerusi Eksekutif Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Budaya Johor di Singapura (JETCO) Hasni Mohammad berkata kemudahan RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, bakal meningkatkan mobiliti pekerja rentas sempadan, sekali gus dijangka mempercepatkan fenomena aliran keluar tenaga mahir itu dari Johor ke Singapura.
āKalau dulu pekerja-pekerja ini bangun pukul 4.00 pagi dan perlu berdepan kesesakan merentasi Tambak Johor sama ada naik bas atau motosikal, namun dengan RTS, pergerakan menjadi lebih mudah dan ini boleh mendorong lebih ramai tenaga mahir memilih untuk bekerja di Singapura,ā katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat JETCO di Singapura melibatkan wakil kedutaan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pada masa ini, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia berulang-alik menyeberangi Koswe setiap hari untuk bekerja di Singapura.
Projek RTS yang dijangka beroperasi Januari 2027 dan mampu membawa sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap hala dengan menghubungkan Bukit Chagar di Johor dan Woodlands North di Singapura dalam masa lima minit.
Selain itu, Encik Hasni yang juga Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Johor berkata kerajaan negeri itu juga perlu menilai semula daya tarikan gaji permulaan sekitar RM4,000 (S$1289.60) hingga RM5,000 (S$1612), selain menimbang insentif tambahan bagi mengekalkan kalangan bakat tempatan.
Beliau juga mencadangkan insentif seperti kadar cukai lebih rendah atau pengecualian cukai sementara bagi pekerja berkemahiran tinggi di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi meningkatkan kuasa beli dan daya saing tenaga kerja tempatan.
Dalam pada itu, Encik Hasni menekankan pentingnya mempercepatkan proses kelulusan kemudahan bagi projek pelaburan yang disifatkan mengambil masa dua hingga tiga bulan bagi permohonan utitili yang menimbulkan ketidakpastian dalam kalangan pelabur.
āNak dapatkan kelulusan bekalan utiliti seperti air dan elektrik pun ambil masa dan melambatkan proses maka pelabur akan persoal ada tak kaedah (lain) untuk percepatkan proses,ā katanya.
Beliau berkata peningkatan kos hartanah, ketidaktentuan dasar seperti kemungkinan perubahan gaji minimum serta kekurangan tenaga kerja mahir juga menjadi kebimbangan pelabur asing.
Aspek lain seperti keperluan menilai semula kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura juga penting bagi memastikan manfaat pelaburan lebih seimbang, khususnya dalam menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.
āJohor tidak seharusnya hanya menjadi destinasi bagi aktiviti bernilai rendah, sebaliknya perlu fokus kepada sektor berimpak tinggi,ā katanya.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.