Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RSN sertai latihan tentera berbilang negara di Teluk Benggala

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bersama kapal dan pesawat dari lebih 40 negara, kapal RSS Tenacious milik Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) menyertai MILAN, sebuah latihan tentera laut berbilang negara.

Ia juga merupakan latihan edisi ke-11 dengan Angkatan Tentera Laut India sebagai tuan rumah.

Latihan itu, yang bermula pada 25 Februari dan akan berlangsung sehingga Jumaat ini(4 Mac), diadakan di Visakhapatnam, India dan Teluk Benggala.

"Diadakan dua tahun sekali, Singapura sudah mengambil bahagian dalam setiap edisi bagi latihan berbilang negara sejak ia ditubuhkan pada 1995," menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan media pada hari Rabu (2 Mac).

Latihan pada tahun ini, dengan tema “Camaraderie – Cohesion – Collaboration”, termasuk pertukaran profesional di darat dan di laut, tambah MINDEF.

Kementerian itu turut menarik perhatian bahawa Timbalan Panglima Armada Kolonel Ng Xun Xi berucap di Seminar Maritim Antarabangsa - iaitu sebuah platform untuk bertukar-tukar idea mengenai keutamaan maritim dan cabaran bersama yang dihadapi oleh tentera laut - mengutarakan kepentingan kerjasama dalam menangani ancaman rentas sempadan.

“Selain daripada manfaat dalam menangani ancaman rentas sempadan, usaha tersebut juga boleh mengeratkan kerjasama di laut dan membina keyakinan dalam kalangan rakan kongsi melalui proses itu,” kata Kolonel Ng.

Semasa fasa laut, RSS Tenacious menyertai latihan merentasi permukaan laut, bawah permukaan laut dan domain udara, termasuk latihan pertahanan udara, bedilan meriam dan pendaratan melintang helikopter, menurut MINDEF pada hari Rabu.

MILAN 2022 akan diakhiri dengan pelayaran semua kapal yang mengambil bahagian, tambahnya.
 

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan