Skip to main content

Singapura

RSN bakal terima 2 lagi kapal selam kelas Invincible mulai 2034

Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) akan menambah dua lagi kapal selam yang penghantarannya dijadualkan mulai 2034.

Anggaran Waktu Membaca:
RSN bakal terima 2 lagi kapal selam kelas Invincible mulai 2034

Singapura memperoleh empat kapal selam kelas Invincible pertamanya pada 2017. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 08 May 2025 12:02PM
  • Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) akan menambah dua lagi kapal selam yang penghantarannya dijadualkan mulai 2034.
  • Menteri Pertahanan ketika itu Ng Eng Hen mengumumkan pada Mac lalu bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) merancang untuk menambah dua lagi kapal selam kelas Invincible kepada empat kapal selam yang sudahpun dimiliknya.
  • Kapal baharu itu juga akan dibina oleh thyssenkrupp Marine Systems.
  • Dua kapal selam kelas Invincible pertama Singapura, diberi nama Invincible dan Impeccable dan mula beroperasi sepenuhnya berikutan upacara pentauliahan pada September tahun lalu.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) akan menambah dua lagi kapal selam yang penghantarannya dijadualkan mulai 2034.

Menteri Pertahanan ketika itu Ng Eng Hen mengumumkan pada Mac lalu bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) merancang untuk menambah dua lagi kapal selam kelas Invincible kepada empat kapal selam yang sudahpun dimiliknya.

Kapal baharu itu juga akan dibina oleh thyssenkrupp Marine Systems.

Kapal-kapal itu adalah sebahagian daripada "pendekatan tentera laut untuk membangunkan keupayaan jangka panjang", menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan medianya pada Khamis (8 Mei).

"Disesuaikan oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) untuk keperluan Singapura, kapal selam kelas Invincible direka sedemikian rupa untuk operasi di perairan tropika yang cetek dan sibuk, dan untuk dikendalikan oleh kapal selam khas RSN," kata MINDEF.

MINDEF turut mendedahkan bahawa memperoleh lagi dua kapal selam kelas Invincible akan meningkatkan lagi keupayaan tentera laut untuk melindungi jalur komunikasi laut Singapura.

Dua kapal selam kelas Invincible pertama Singapura, diberi nama Invincible dan Impeccable dan mula beroperasi sepenuhnya berikutan upacara pentauliahan pada September tahun lalu.

Ujian dan pentauliahan untuk kapal selam ketiga dan keempat - Illustrious dan Inimitable - "berjalan dengan lancar" di Jerman, dan ia dijangka pulang ke Singapura menjelang 2028, kata MINDEF.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita