Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RSM pertama SAFTI & NDP 1966, CPT Shamsudin Shadan meninggal dunia pada usia 90 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
RSM pertama SAFTI & NDP 1966, CPT Shamsudin Shadan meninggal dunia pada usia 90 tahun

Kapten yang sudah bersara (CPT) (Ret) Shamsudin Shadan. (Gambar: Ng Eng Hen/Facebook)

BERITAmediacorp: Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Battalion Pertama bagi Rejimen Infantri Singapura (1 SIR) Kapten yang sudah bersara (CPT) (Ret) Shamsudin Shadan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5.15 pagi tadi pada usia 90 tahun.

Demikian menurut menantu Allahyarham CPT (Ret) Shamsudin, Encik Suhaimi Jais kepada BERITAmediacorp.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Mujahidin pada 12.30 tengah hari bagi solat jenazah.

shamsudin
(Gambar: Laman MINDEF Singapore)

Solat jenazah tersebut akan dijalankan selepas solat zuhur, sebelum diusung ke Pusara Abadi.

TIUPAN BUGEL SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN TERAKHIR

Penghormatan terakhir juga akan diberikan kepada Allahyarham CPT (Ret) Shamsudin, yang dahulunya dikenali sebagai Raja 'Parade Square'.

"Kami baru diberitahu pagi tadi tentang penghormatan terakhir oleh Tentera.

"Tentera akan meniup bugel di pusara sebagai penghormatan terakhir. Ia akan dilakukan selepas talkin," kongsi Encik Suhaimi.

Allahyarham CPT Shamsudin Shadan adalah RSM Perbarisan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang pertama pada 1966.


Beliau turut dianugerahi Pingat Perkhidmatan Awam pada 2010. Beliau juga adalah pegawai waran sebelum bersara sebagai kapten.

Anugerah Dril Terbaik juga dinamakan Trofi Cabaran Shamsudin bin Shadan bagi memberi penghargaan kepada beliau sebelum ini.

rsn cpt shamsudin
(Gambar: Pioneer/Facebook)
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan