RSAF uji keupayaan isi minyak di ruang udara dan F-16 yang sudah dinaik taraf
Anggaran Waktu Membaca:
IDAHO: Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) rancak menguji keupayaannya dalam Latihan 'Forging Sabre' di Idaho, Amerika Syarikat.
Misalnya, angkatan udara itu buat pertama kalinya mengisi minyak dari sebuah pesawat ke pesawat lain secara automatik di ruang udara walaupun latihan dwitahunan Forging Sabre dijalankan buat kali kesembilan.
Ini dapat dilakukan hasil fungsi baharu yang ada pada pesawat Pengangkutan Tangki Berbilang Peranan A330 atau singkatannya MRTT, iaitu sebuah pesawat pengisi minyak di udara dan pengangkutan tentera.
"Ini membolehkan MRTT untuk menjalankan operasi lanjutan di mana kami perlu mengeluarkan jumlah besar minyak kepada sejumlah (pesawat) penerima dalam satu misi, tanpa rasa penat," ujar juruterbang MRTT A330, 112 SQN, Mejar (MAJ) Simon Chen.
"(Kami) juga bergantung kepada automasi untuk meningkatkan proses keselamatan dan kecekapan operasi," tambah beliau.
Setiap MRTT boleh menyokong sehingga 22 jet pejuang dan automasi membolehkan kakitangan MRTT beroperasi buat tempoh lebih lama.
SAF juga sedang menguji armada F-16 yang dinaik taraf, yang berupaya menyerang sasarannya dari jarak lebih jauh dan mengesan ancaman dengan lebih baik lagi.
Malah ia boleh berkongsi maklumat dengan pesawat lain dan pasukan darat dengan lebih lancar.
"Kami pastinya boleh menyumbang lebih banyak lagi kepada keupayaan bertempur dalam SAF. Setelah dinaik taraf, kami kini boleh berintegrasi dengan lebih baik melalui situasi yang sama dengan aset jet pejuang lain dalam latihan ini," jelas Juruterbang MLU F-16, LTC Tan Yong Chin. Beliau juga Komander Detasmen PC II, RSAF.
Menurut SAF, jet F-16 yang sudah dinaik taraf akan memastikan kesediaan dan keupayaan angkatan udara untuk melindungi ruang udara Singapura selama sekurang-kurangnya sedekad lagi.

Sumber : CNA/AI/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.