RSAF, SAF hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Australia
(Gambar: Ng Eng Hen/Facebook)
SINGAPURA: Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengerahkan dua helikopter Chinook CH-47F yang berpangkalan di detasmen Oakey di Pusat Latihan Penerbangan Angkatan Tentera Australia di Queensland.
"Helikopter-helikopter ini diharapkan dapat membantu operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Pasukan Pertahanan Australia (ADF) untuk mangsa-mangsa banjir di Queensland dan New South Wales," menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menerusi catatan di Facebook pada Selasa (8 Mac).
Helikopter-helikopter sudah mula beroperasi pada Isnin (7 Mac) dan akan mengirimkan bekalan kecemasan dan anggota kakitangan ke daerah-daerah berkenaan.
Selain itu, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyumbang barangan bantuan, termasuk khemah, selimut, makanan segara, air dan bekalan perubatan. Ia akan berlepas dari Singapura hari ini (8 Mac) melalui Pesawat C-130 RSAF dan Pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 RSAF.
"Australia sudah berdekad lama menyokong usaha latihan SAF. Oleh itu, pada waktu mereka memerlukan bantuan, kami akan menghulurkan bantuan sebaik mungkin," menurut Dr Ng Eng Hen lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.