Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RSAF perkenalkan konsep 'phygital' buat para pelawat dalam rumah terbuka ke-55

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah tujuh tahun ditiadakan, pertunjukan udara dan rumah terbuka Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) kembali dianjurkan.

Acara yang bakal diadakan pada 9 dan 10 September ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Antaranya adalah pertunjukan udara yang menjadi sorotan utama acara itu.

Pertunjukan udara selama 20 minit itu akan memaparkan sebuah simulasi bagaimana jet-jet pejuang F-155SG dikerah untuk memintas ancaman bom di dalam pesawat.

"Pasukan kami sebenarnya sudah membuat persiapan beberapa bulan sebelum ini untuk memastikan semua orang akan melakukan persembahan yang menarik dan selamat jadi kami boleh ketahui lebih mendalam mengenai tugas Angkatan Udara dan supaya semua orang terpukau dengan pertunjukan udara ini," kata Juruterbang Jet Pejuang F-155SG, CPT Zane Lim.

Pertunjukan udara itu akan diadakan dua kali setiap hari hujung minggu ini.

Di landasan terbang pula, orang ramai berpeluang masuk ke tempat kokpit dan kabin pesawat dan melihat 18 aset RSAF dengan lebih dekat lagi.

PARA PELAWAT DIBERIKAN TAG NFC

Apa yang menarik tahun ini ialah para pelawat akan diberikan tag NFC yang boleh digunakan semasa lawatan ke tiga dewan utama - 'RSAF Story, Our People, Our Air Force dan Future Air Base'.

Dalam dewan-dewan itu, terdapat elemen-elemen interaktif seperti alat simulator pesawat dan permainan yang boleh dinikmati pelbagai lapisan umur.

Di samping itu, para pelawat juga boleh mempelajari sejarah dan peranan-peranan RSAF sepanjang lebih lima dekad dalam pameran yang sama.

"Ini adalah kali pertama kami mengenalkan konsep 'phygital' yang merupakan gabungan fizikal dan digital di dalam satu pengalaman buat para pelawat. Mereka juga boleh mengalami pengalaman tersendiri. Ini melalui tag NFC yang membolehkan orang ramai untuk pergi ke beberapa pameran interaktif dan berinteraksi dan mengumpulkan mata yang boleh ditebus dengan hadiah menarik semasa acara ini," kata Pengerusi EXCO, Rumah terbuka RSAF55, BG Amos Yeo.

Rumah terbuka RSAF dibuka kepada orang ramai dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan