Skip to main content

Singapura

RSAF papar keupayaan terbaharu dalam Pertunjukan Udara Singapura 2024

Pertunjukan Udara Singapura yang akan diadakan pada Selasa (20 Feb) bakal tampilkan keupayaan terbaharu Angkatan Tentera Udara negara.

Anggaran Waktu Membaca:
RSAF papar keupayaan terbaharu dalam Pertunjukan Udara Singapura 2024

Jet pejuang F-15 melakukan aksi sebagai sebahagian daripada pertunjukan aerial semasa Pertunjukan Udara Singapura 2024. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 18 Feb 2024 06:25PM
SINGAPURA: Pertunjukan Udara Singapura yang akan diadakan pada Selasa (20 Feb) bakal tampilkan keupayaan terbaharu Angkatan Tentera Udara negara.

Ini termasuk jet-jet pejuang yang berupaya terbang selaju lebih 200 kilometer sejam dan melakukan pusingan penuh 360 darjah dan sistem-sistem peluru berpandu tercanggih.

Para pengunjung ke acara tahun ini berpeluang mengetahui lebih dekat keupayaan terkini yang menjamin keselamatan udara Singapura.

Mereka juga boleh menyaksikan sebahagian daripada operasi angkatan udara di sebalik tabir.

Persembahan udara pula boleh disaksikan melalui penstriman secara langsung di laman Facebook Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Sumber : CNA/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita