RSAF naik taraf jet pejuang F-16; keupayaan baharu termasuk radar kesan sasaran dari jarak lebih jauh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Singapore Airshow 2022)
SINGAPURA: Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menaik taraf jet pejuang F-16 dengan keupayaan baharu dan serba canggih untuk meningkatkan operasinya, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Ahad (24 Sep).
Keupayaan yang dipertingkatkan itu termasuk Radar Array Imbasan Elektronik Aktif (AESA) yang membolehkan jet pejuang F-16 untuk menjejak dan melancarkan serangan ke atas pelbagai sasaran dari jarak lebih jauh, serta keupayaan serangan darat yang membolehkannya menyerang sasaran dengan lebih tepat lagi.
Pada 2019, Singapura pertama kali mengumumkan bahawa ia akan membeli empat jet pejuang F-35B untuk ujian lengkap dengan pilihan untuk membeli lapan lagi. F-35 akan menggantikan armada F-16 RSAF, yang mula beroperasi pada 1998 dan akan menjadi usang selepas 2030.
Naik taraf F-16 bermula pada 2016, dengan penambahbaikan dijalankan secara berperingkat beberapa tahun sejak itu.
F-16 yang dinaik taraf itu juga dilengkapi dengan keupayaan serangan darat pelbagai cuaca, membolehkannya menyerang sasaran dengan peluru ketepatan yang lebih jitu seperti Laser Joint Direct Attack Munition.
Sistem tersebut juga memberikan juruterbang gambaran keseluruhan data termasuk kelajuan udara, ketinggian dan julat sasaran, tanpa perlu melihat ke dalam kokpit semasa bertempur di udara.
Kemas kini itu juga akan melengkapkan jet-jet pejuang tersebut dengan peluru berpandu moden seperti peluru berpandu Python-5, yang membolehkannya melancarkan serangan udara yang lebih luas, sekali gus meningkatkan keberkesanan serangan yang dilancarkan.
Dengan sistem peluru yang baharu, jet F-16 juga boleh menyerang sasaran dengan lebih ketepatan, baik dalam keadaan siang mahupun malam, menggunakan peluru seperti Laser Joint Direct Attack Munition.
Dalam persekitaran pertempuran udara yang pantas, F-16 yang dinaik taraf juga akan dapat memudahkan pertukaran maklumat melalui keupayaan pautan data Link-16 yang baharu, sekali gus membolehkan perkongsian maklumat sasaran dengan pesawat lain dan tentera darat.
"Dengan keupayaan baharu dan serba canggih ini, F-16 yang dinaik taraf akan memastikan kesediaan dan keupayaan operasi RSAF untuk melindungi ruang udara Singapura sehingga pertengahan 2030-an," menurut MINDEF.
Sementara itu, empat F-35B RSAF, yang dijangka akan dihantar sekitar 2026, akan terlebih dahulu dikerahkan ke Amerika Syarikat untuk menjalani latihan dan penilaian bagi menentukan keupayaan dan integrasinya dengan seluruh sistem perang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.