RSAF kerah 2 helikopter sokong usaha bantu mangsa banjir Australia
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang menyokong usaha di Australia bagi membantu para penduduk yang terjejas oleh banjir di bahagian utara Queensland, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (6 Feb).

Para anggota RSAF memunggah bekalan ke helikopter CH-47F untuk dibawa ke kawasan banjir di Australia. (Gambar: MINDEF)
Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah mengerahkan dua helikopter Chinook CH-47F dari Detasmen Oakey di Pusat Latihan Penerbangan Tentera Australia di Queensland pada Selasa (4 Feb).
"Helikopter-helikopter itu akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) untuk membantu para kakitangan dan menghantar bekalan kecemasan kepada para penduduk yang terjejas di bahagian utara Queensland,"menurut MINDEF.
Hujan lebat sepanjang hujung minggu lalu mencetuskan banjir besar di wilayah Queensland, dengan pihak berkuasa menggesa beribu-ribu penduduk supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.
Dua orang maut dalam kejadian banjir itu.
Menurut Jabatan Kaji Cuaca Australia, banjir besar itu disebabkan oleh hujan lebat.


MINDEF menyatakan bahawa Australia dan Singapura berkongsi hubungan pertahanan yang erat dan kukuh, disokong oleh latihan dan pertukaran profesional antara kedua-dua angkatan tentera, dan sokongan Australia untuk latihan SAF di Australia.
"MINDEF dan SAF bersedia untuk membantu Angkatan Pertahanan Australia bagi usaha tersebut."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.