RSAF dinobat Unit Penyenggaraan Pesawat Terbaik
SINGAPURA: Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menerima anugerah Unit Penyenggaraan Pesawat Terbaik dalam latihan bertempur di Amerika Syarikat.
Semasa Latihan Red Flag-Nellis yang berakhir Jumaat lalu (18 Mac), para peserta menyertai pelbagai cabaran realistik dalam persekitaran siang dan malam.
Ini juga merupakan kali kelima berturut-turut RSAF memenangi anugerah tersebut.
Latihan tahun ini melibatkan 55 pesawat, termasuk dari Angkatan Udara Amerika Syarikat dan Angkatan Udara Diraja Arab Saudi.
RSAF mengerahkan sembilan jet pejuang F-16 buat pertama kalinya sejak 2015.
Lebih 100 kakitangan Singapura dari detasmen di Pangkalan Tentera Udara Luke juga mengambil bahagian. Ia menyertai latihan itu sejak 1982.
"Dalam latihan ini, kami mengatasi tentera udara yang mengerahkan pesawat penggempur, sistem pertahanan udara dan taktik peperangan elektronik yang canggih," kata Komander Detasmen, RSAF Peace Carvin II, LTC Jonavan Ang.
"Latihan sedemikian mempertingkat keupayaan kami untuk mempertahankan Singapura dengan lebih balik, dan ia adalah penting untuk melatih generasi-generasi askar udara lelaki dan wanita," tambah beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.