RSAF anjur rumah terbuka secara maya hingga 19 Dis
Belajar tentang operasi, latihan dan kebolehan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menerusi permainan dan video interaktif dalam wadah online.
Gambar: Facebook/The Republic of Singapore Air Force
SINGAPURA: Belajar tentang operasi, latihan dan kebolehan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menerusi permainan dan video interaktif dalam wadah online.
Itulah sebahagian acara rumah terbuka RSAF yang bermula hari ini (3 Dis) hingga 19 Disember.
Ia diadakan secara maya buat julung-julung kalinya.
Terdapat juga pameran yang menampilkan sejarah dan pembangunan RSAF.
Anda berpeluang meninjau dengan lebih dekat model-model 3D lebih 25 pesawat dan aset-aset lain.
Empat permainan interaktif disediakan, termasuk kuiz dan permainan tembak-menembak di udara.
Demonstrasi pertahanan udara serta Mencari dan Menyelamat dibawakan kepada anda menerusi siaran langsung.
Kali terakhir Rumah Terbuka RSAF diadakan adalah dalam tahun 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.