RP akan perkenal program minor baru pada tahun depan
SINGAPURA: Politeknik Republic (RP) akan memperkenalkan satu program minor baru mulai tahun depan.
Para pelajarnya berpeluang untuk mendapat pandangan lebih luas dan mengejar minat tambahan.
Bagi para pelajar yang memenuhi syarat-syarat akademik yang relevan menjelang akhir tahun pertama, akan layak untuk menyertai program baru itu.
Mereka dikehendaki mengambil dua modul relevan yang dipilih secara bebas dan dua lagi daripada program minor pilihan mereka dalam bidang perniagaan, pendigitalan atau kemampanan.
Program baru itu diumumkan semasa majlis konvokesyen Politeknik Republic hari ini (4 Mei).
Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing yang merasmikan majlis itu telah menekankan lagi kepada para lulusan tentang pentingnya pembelajaran sepanjang hayat.
"Hanya anda yang boleh buat keputusan dan hanya anda yang boleh menentukan selama mana pengetahuan dan kemahiran anda akan terus relevan. Jika anda menganggap diploma anda sebagai satu asas untuk meraih lebih banyak kejayaan, terus belajar sesuatu yang baru, terus menambah pengetahuan dalam bidang pilihan anda, terus menimba pengalaman bekerja maka tiada orang yang boleh mengambil diploma itu dari anda," ujar Chan Chun Sing
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.