Rotunda kaca di Muzium Negara akan dibuka semula Sabtu ini
Selepas ditutup selama dua tahun bagi kerja-kerja ubah elok, rotunda kaca di Muzium Negara akan dibuka semula pada Sabtu ini (10 Dis).
"Story of the Forest". (Gambar: teamLab)
SINGAPURA: Selepas ditutup selama dua tahun bagi kerja-kerja ubah elok, rotunda kaca di Muzium Negara akan dibuka semula pada Sabtu ini (10 Dis).
Rotunda itu juga menempatkan secara tetap dua pameran tentang landskap flora dan fauna di Singapura.
Seni pemasangan digital "Story of the Forest" adalah berdasarkan koleksi lukisan cat air, "William Farquhar's Collection of Natural History Drawings" milik muzium itu. Farquhar adalah komandan pertama Singapura dan menurut muzium tersebut, beliau mengarahkan beberapa orang pelukis untuk melukis landskap flora dan fauna di Singapura.
Hutan hujan digital di Rotunda Kaca Muzium Negara Singapura. (Gambar: teamLab)
Muzium berkenaan turut mendapatkan khidmat syarikat seni digital, teamLAB, untuk mereka sebuah pameran digital yang interaktif. Dalam pameran ini, 69 lukisan diubah menjadi ilustrasi yang beranimasi. Melalui penggunaan sensor, para pengunjung boleh berinteraksi dengan flora dan fauna tersebut.
Para pengunjung boleh berinteraksi dengan flora dan fauna di "Story of the Forest". (Gambar: Dewi Fabbri)
Pameran yang kedua pula merupakan sebahagian daripada pemerolehan terkini muzium itu. Ia memaparkan gambar-gambar yang dipetik oleh jurugambar Robert Zhao dalam koleksi bertajuk "Singapore, Very Old Tree."
Pameran dengan nama yang sama itu memaparkan 17 daripada 30 gambar dalam koleksi itu.
Menurut Muzium Negara, pameran itu cuba mendalami hubungan peribadi yang dikongsi antara rakyat Singapura dengan pokok-pokok di sekitar pulau ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.