Skip to main content

Singapura

Roti canai 'sarang burung' popular di Malaysia kini 'tebar sayap' ke SG

Anggaran Waktu Membaca:
Roti canai 'sarang burung' popular di Malaysia kini 'tebar sayap' ke SG

(Gambar: 8days)

Diterbitkan : 20 May 2024 09:07PM
SINGAPURA: Kini, muncul sejenis roti prata baharu, iaitu roti canai sarang burung.

Hidangan yang lebih popular di Malaysia itu tular di seberang tambak, namun ia jarang ditemui di Singapura.

Restoran Mihrimah, sebuah kedai makanan Malaysia di North Bridge Road, menawarkan hidangan tersebut. Ia dinamakan Roti Ikhwan dan berharga S$3.

PERBEZAAN ROTI CANAI DAN ROTI PRATA

Roti Ikhwan, atau roti canai sarang burung, merangkumi roti canai dengan dua telur yang diletakkan di tengah, seakan-akan sarang dengan dua ekor anak burung.

Walaupun roti canai Malaysia dan roti prata Singapura hampir serupa, terdapat sedikit perbezaan antara kedua-duanya.
Related article image
(Gambar: 8days)

Roti canai biasanya lebih lembut, berkelopak dan mempunyai lebih banyak lapisan. Manakala roti prata lebih tipis, rangup dan ada yang katakan ia lebih manis.

Mihrimah menggunakan resipi roti canai yang sama dengan roti prata, namun ia dihidangkan dengan kedua-dua kari dan sambal.

Kedai makan seperti Restoran Zaidi Canai dan Dapo' Khaleeda di Johor Bahru popular dengan roti canai mereka yang tular di media sosial.

Pengurus Mihrimah, Abdul Muiin, 29 tahun, memberitahu Mediacorp bahawa meskipun dia sudah mencuba puluhan roti canai sarang burung di Malaysia, Mihrimah tidak mengambil inspirasi daripada mana-mana kedai, kerana "terdapat banyak kedai yang menjual roti tersebut di Malaysia".


Malah, Encik Abdul Muiin mengambil keputusan untuk menjual hidangan itu di Mihrimah atas permintaan pelanggan.

Kini, terdapat beberapa kedai makan di Singapura yang menjual versi roti canai sarang burung mereka sendiri, seperti Can-Ai di Ang Mo Kio dan Putri Prata di Bedok.

Walau bagaimanapun, Restoran Mihrimah merupakan kedai paling popular yang menjual hidangan itu, berdasarkan maklum balas di Google.

Related article image
(Gambar: 8days)
BAGAIMANA ROTI CANAI SARANG BURUNG DIBUAT?

Meskipun roti canai sarang burung hampir serupa dengan prata plaster, kedua-duanya sebenarnya berbeza.

Encik Abdul Muiin berkata "prata plaster dibuat seperti prata kosong, dan kami meletakkan telur yang sudah dipecahkan di atasnya, manakala untuk "prata ini, kami menggunakan marjerin di dalam doh prata, pastikan ada 'lubang' seperti donat, dan letakkan telur di dalam". Ia akan kelihatan seperti dua 'anak ayam' di dalam 'sarang'.

Kuning telur pada roti canai sarang burung biasanya cair, berbanding telur yang dimasak penuh pada prata plaster.

Encik Abdul Muiin juga berkata bahawa roti Ikhwan di Restoran Mihrimah adalah "salah satu hidangan kegemaran dalam kalangan pelanggan".
Sumber : 8 Days/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita