Roti canai Malaysia ungguli senarai 100 roti terbaik dunia; roti prata SG di tempat ke-12
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TasteAtlas/Facebook)
SINGAPURA: Dalam pertempuran makanan antara Malaysia dan Singapura kali ini, sebuah ensiklopedia Croatia TasteAtlas menerbitkan senarai yang menamakan 100 roti terbaik di dunia berdasarkan penilaian 9,461 orang pengikutnya.
Di tempat pertama senarai itu adalah roti canai daripada Malaysia, manakala roti prata buatan Singapura pula menduduki tempat ke-12. Penilaian ini membingungkan ramai warga Singapura, yang menulis di laman forum online Reddit untuk mempersoalkan perbezaan antara kedua-dua roti itu.
Catatan bebenang di Reddit, yang dimulakan oleh pengguna "doyouhaveabadge" pada Isnin (11 Sep) mengenai senarai TasteAtlas, kini telah menerima 300 sokongan dan 120 komen setakat Selasa malam (12 Sep).
Seorang pengguna Reddit menulis: "Apa perbezaan antara roti prata dengan roti canai? Soalan serius. Saya betul-betul tidak tahu."
Seorang lagi pengguna menulis: "Wah, roti prata begitu hebat hingga ia muncul dua kali dalam senarai ini."
Komen yang paling banyak mendapat reaksi, yang merujuk kepada pertempuran sekian lama antara makanan dua negara itu, menyatakan bahawa rakyat Malaysia tentu gembira apabila mendapat tahu bahawa "hidangan yang sama versi mereka mengalahkan Singapura".
Pada Jun lalu, sebuah catatan di Twitter oleh mantan menteri Kanada menyatakan bahawa nasi lemak adalah "sarapan paling sedap di Singapura. Ini menimbulkan kemarahan warga maya dari Malaysia yang mengatakan bahawa hidangan itu "bukan yang asli".
Di catatan Facebook TasteAtlas mengenai senarai itu, ramai warga Malaysia menunjukkan kebanggaan mereka dengan menyebutkan "Malaysia boleh!"
Sebaliknya, para pengguna Reddit di Singapura pula menyindir nilai ringgit Malaysia (MYR), yang merosot kepada 3.84 ringgit berbanding dolar Singapura (SGD) pada Julai.
Salah seorang pengguna menulis: "(Perbezaannya) adalah satu dalam MYR dan satu lagi dalam SGD."
Seorang lagi pengguna bersetuju dan menulis: "Sudah tentu (roti canai) yang terbaik. Cukup memadai... 1:3.5 untuk benda yang sama."

Sekumpulan pengguna Reddit juga mempersoalkan mengapa paratha atau parotta yang asli dari India, hanya menduduki tempat ke-29 di senarai TasteAtlas.
Namun roti paratha yang asli berlainan di merata India, kedua-dua roti canai dan roti prata mengikuti variasi hidangan dari Kerala, yang lebih gebu dan rangup berbanding wilayah lain.
Mereka yang telah merasa paratha di India berkata bahawa ia mempunyai rasa gandum yang lebih kuat, dan "dimasak lebih lama dan lebih melekit berbanding roti prata Singapura".
Versi Malaysia dan Singapura pula lebih serupa dari segi cara pembuatannya.
Menurut Seasia, anak syarikat media digital Indonesia Good News From Indonesia (GNFI), satu perbezaan utama antara kedua-duanya terletak pada ketebalannya — roti canai lebih nipis, ringan dan rangup, manakala roti prata biasanya lebih tebal, padat dan kenyal.
Ia juga berbeza dalam cara ia dihidangkan. Roti canai sering dihidangkan bersama kari dhal untuk dicelup atau dituang ke atas roti itu, manakala roti prata biasanya disertakan dengan pelbagai perasa manis atau pedas seperti kari, gula dan susu pekat.
Selain perbezaan dari segi cara hidangan, ada juga yang mempersoalkan kesahihan penilaian itu, terutamanya kerana paratha yang asal berada di kedudukan yang jauh lebih rendah berbanding roti canai dan roti prata.
"Jika penilaian itu berdasarkan undian dalam talian, maka ia boleh dipalsukan," kata seorang pengguna Reddit. "Saya syak itu mungkin apa yang berlaku di sini."
Seorang lagi pengguna menarik perhatian bahawa TasteAtlas telah menimbulkan kemarahan netizen Malaysia kerana meletakkan masakan negara itu pada kedudukan ke-46 dalam senarai global pada Jun 2022, dan kedudukan ke-39 pada Disember.
"Sejak itu, kedudukan makanan mereka bagi hidangan Malaysia disiarkan di rangkaian Reddit malaysia dan laman web Malaysia secara kerap," tambah pengguna itu, yang mencadangkan bahawa TasteAtlas mungkin laman yang terkenal di Malaysia. Oleh itu, ia mendapat lebih banyak undian daripada netizen Malaysia.
Di laman webnya, TasteAtlas menyatakan bahawa ia menggunakan "siri mekanisme yang mengiktiraf penilaian pengguna sebenar dan yang mengabaikan penilaian bot, nasionalis atau patriotik tempatan, dan memberi nilai tambahan kepada penilaian pengguna yang diiktiraf oleh sistem sebagai berpengetahuan".
"Untuk senarai '100 Roti Dengan Rating Terbaik di Dunia' sehingga 11 September 2023, 14,596 penilaian dicatat, di mana 9,641 daripadanya diiktiraf oleh sistem sebagai undian yang sah," katanya.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.