ROMM & PERGAS umum kerjasama, lantik asatizah wanita jadi sumber rujukan program Bersamamu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kaum hawa yang berdepan dengan masalah atau soalan khusus tentang perkahwinan kini boleh mendapatkan bimbingan asatizah wanita dalam program 'Bersamamu' yang lazimnya dijalankan Naib Kadi atau Kadi.
Ini hasil kerjasama antara Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dengan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS).
Memorandum Persefaham (MoU) antara mereka menyaksikan pelantikan tujuh asatizah wanita.
Berita baik itu turut diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, dalam satu majlis pelantikan dan penghargaan Kadi dan Naib Kadi ROMM di Crowne Plaza pada Isnin petang (19 Jun).
"Para asatizah wanita ini akan berperanan sebagai ‘Resource Persons’ di dalam program sedia ada melalui 'Asatizah Solace Care' iaitu sesi kaunseling untuk mengatasi masalah emosi dan rohani apabila berhadapan dengan masalah rumahtangga," kata Encik Masagos Zulkifli.
"Asatizah wanita juga boleh melengkapkan ilmu dan kemahiran mereka dengan latihan berstruktur sepertimana yang dilalui oleh Kadi dan Naib Kadi," tambah beliau.
Di bawah program Bersamamu yang dimulakan pada Julai 2019, Kadi atau Naib Kadi ditugaskan untuk memberi bimbingan kepada setiap pasangan sebelum dan sesudah dua tahun selepas pernikahan.

Sebagai sumber rujukan program Bersamamu, asatizah-asatizah wanita dapat menyalurkan maklumat, membantu dan menyokong pasangan-pasangan terutama sekali isu yang mungkin secara khusus menjejas kaum wanita.
"Solace Care sudah ditubuhkan pada 2020 semasa COVID untuk menangani masalah keluarga masyarakat pada ketika itu, jadi kita gunakan platform ini untuk membantu wanita bersama dengan ROMM bagi menangani soalan-soalan yang datang daripada pihak wanita iaitu sokongan pasangan wanita dalam perkahwinan jika mereka menghadapi masalah," jelas Naib Presiden PERGAS, Kalthom Muhammad Isa.
BERSAMAMU DEKATI LEBIH 22,000 PASANGAN
Majlis Pelantikan dan Penghargaan ROMM 2023 itu turut dihadiri Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri (MHA) merangkap Pembangunan Negara (MND) Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Beliau memuji usaha ROMM dan PERGAS untuk memperkasa keluarga masyarakat Melayu/Islam dengan program yang dipertingkatkan ini.

"Kita dapat melihat satu pembangunan yang positif bagaimana kita boleh memberikan sokongan kepada mempelai-mempelai kita dan juga mereka yang mahu mendirikan rumahtangga. Semenjak bersamamu dilakarkan pada Julai 2019, kami telah mendekati lebih daripada 22,000 pasangan," kata Dr Faishal Ibrahim.
"Satu aspek yang penting dalam pembangunan masyarakat ini adalah perkahwinan jadi apabila kita mempunyai perkahwinan yang kuat, keluarga yang utuh kita boleh membina sebuah negara yang makmur dan aman damai," tambahnya.
Dr Faishal juga menzahirkan penghargaan kepada para Kadi dan Naib Kadi atas dedikasi mereka dalam membimbing pasangan-pasangan.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada kadi dan naib kita kerana terus bekerja keras demi masyarakat dan demi membangunkan masyarakat yang kuat kukuh mantap".
Seramai enam Kadi dan 36 Naib Kadi dilantik dalam majlis berlangsung pada Isnin (19 Jun) dengan sijil pelantikan disampaikan Pendaftar ROMM, Encik Nor Razak Bakar dan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.
Lima kadi iaitu Ustaz Ismail Terimoh, Ustaz Karim Ahmad, Ustaz Maarof Mohamad, Ustaz Noor Rawi dan Ustaz Sallim Jasman dilantik semula manakala Ustaz Mokson Mahori pula yang sebelum ini merupakan naib kadi dilantik sebagai kadi.
Di majlis itu, ROMM juga memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada lima Kadi dan Naib Kadi yang akan bersara atas sumbangan dan kerja keras mereka.
Mereka ialah Ustaz Hassan Salim, Ustaz Firdaus Yahya, Ustaz Khairul Anwar Mohd Aznan, Ustaz Muhd Zahid Mohd Zin dan Ustaz Azzahir Ariffin.
"Mereka telah berikan pengorbanan masa tenaga selain daripada tugasan utama mereka jadi ini merupakan antara tugasan yang mereka lakukan secara sukarela, ini merupakan sumbangan mereka kepada masyarakat maka pejabat nikah merasakan sangat perlu untuk kita hargai sumbangan mereka," kata Pendaftar ROMM, Encik Nor Razak Bakar.

Majlis Pelantikan dan Penghargaan ROMM itu dihadiri hampir 200 Kadi, Naib Kadi dan pasangan mereka dan diadakan sekali setiap tiga tahun.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.