Rombongan pertama jemaah Haji S'pura dijadual pulang 16 Jul
Semua jemaah haji Singapura sudahpun meninggalkan penginapan masing-masing di Shisha sejak Rabu (13 Jul) untuk ke hotel-hotel di Makkah dan Madinah sebelum pulang ke tanah air mulai Jumaat.

Jemaah haji Singapura 2022. (Gambar fail: MUIS/Facebook)
Bagi para jemaah yang berada di Madinah, mereka tidak mengalami sebarang masalah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad tanpa perlu tempahan slot.
Namun, permit masih diperlukan untuk ke kawasan Raudhah.
Keadaan di bandar Madinah mula dikunjungi para jemaah haji yang telahpun selesai menyempurnakan ibadah haji.
Kumpulan pertama jemaah haji Singapura dijadual tiba di tanah air pada Sabtu (16 Jul).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.