Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rombakan Kabinet sebelum 7 Mei, beberapa Menteri dijangka pegang portfolio baru, calon pengganti PM

Satu rombakan kabinet kini dijangkakan selepas Parlimen direhatkan separuh penggal semalam (3 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Apr 2018 06:14PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 10:46PM

SINGAPURA: Satu rombakan kabinet kini dijangkakan selepas Parlimen direhatkan separuh penggal semalam (3 Apr).

Beberapa menteri dijangka memegang portfolio-portfolio baru apabila sesi baru parlimen disambung semula pada 7 Mei depan.

Tiada Timbalan Perdana Menteri baru dijangka dilantik, walaupun ada ramalan bahawa persaingan mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri seterusnya, akan lebih jelas semasa rombakan kabinet kali ini.

Awal tahun ini, Perdana Menteri berkata beliau akan merombak kabinetnya untuk memberi menteri-menteri muda lebih banyak pendedahan dan tanggunggjawab.

Menurutnya, ini akan merupakan "langkah penting untuk mendedahkan dan membangun pasukan baru pemimpin."

Beberapa menteri kini disebut-sebut akan menjadi calon Perdana Menteri seterusnya.

Ini termasuk Menteri Kewangan Heng Swee Keat, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Chan Chun Sing.

Para penganalisis berpendapat pendedahan kepada pelbagai portfolio akan membantu memupuk bakat kepimpinan para pemimpin generasi keempat dan calon yang berpotensi menjadi Perdana Menteri dalam urusan mentadbir negara.

Timbalan Pengarah bagi kajian di institut Pengajian Dasar, Dr Gillian Koh berkata: "Ada beberapa portfolio penting yang mana PAP mahu mereka mendapat pendedahan. Terdapat juga beberapa kementerian paling berat di mana tumpuan diberikan kepada usaha mendampingi rakyat biasa seperti Pendidikan dan Jagaan Kesihatan.

"Tetapi bagi tahap kedua untuk pencarian calon PM, kita perlu memberi mereka peluang pendedahan di kementerian-kementerian di mana mereka perlu mengambil 'pandangan helikopter' atau menyeluruh, seperti Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta Kementerian Kewangan".

Namun para pengamat berasa, pendedahan kepada beberapa portfolio sahaja tidak mencukupi.

Yang penting adalah keupayaan mereka berhubung dengan rakyat biasa, kerana kebolehan memenangi kepercayaan rakyat akan menjadi ciri utama yang dicari dari calon-calon Perdana Menteri.  

Sumber : CNA/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan