Rombakan Kabinet dijangkakan dalam masa beberapa minggu mendatang; beberapa nama disebut sebagai Timbalan PM
Anggaran Waktu Membaca:

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berucap di konvensyen PAP pada 5 Nov 2023. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Satu Kabinet baharu mungkin akan mengangkat sumpah di samping Encik Lawrence Wong apabila beliau mengambil alih sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei.
Demikian pandangan sebilangan pengamat politik yang berkata rombakan Kabinet mungkin diumumkan lebih awal, sebelum Perdana Menteri Lee Hsien Loong secara rasmi menyerahkan jawatannya kepada Encik Wong, timbalannya buat masa ini.
Perkara sebegini berlaku semasa peralihan kepimpinan dijalankan pada masa lalu, kata pemerhati politik Inderjit Singh, seorang mantan Anggota Parlimen.
Pada 1990 misalnya, Kabinet baharu diumumkan lebih sebulan sebelum Encik Goh Chok Tong menjadi Perdana Menteri. Perkembangan serupa berlaku pada 2004 di mana satu rombakan diumumkan dua hari sebelum Encik Lee Hsien Loong mengambil alih Encik Goh.
"Saya menjangkakan rombakan Kabinet berlaku atau semasa (Encik Wong) mengambil alih sebagai PM pada 15 Mei," kata Encik Singh yang merupakan seorang Anggota Parlimen semasa Encik Lee dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pandangan sama dikongsi Penolong Profesor Elvin Ong dari Jabatan Sains Politik Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Pada 15 Mei, kami tentu sekali boleh menjangkakan seluruh Kabinet turut mengangkat sumpah," katanya.

CALON-CALON TIMBALAN PERDANA MENTERI
Dengan Encik Wong dijangka menjadi Perdana Menteri, para pengamat politik berkata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing dan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mungkin calon yang sesuai untuk mengantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Daripada mempunyai dua nama, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat besar kemungkinan terus menyandang jawatan sedia adanya dalam Kabinet baharu Encik Wong, kata Dr Leong Chan-Hoong, seorang zamil kanan bagi penyelidikan perpaduan sosial di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang.
"DPM Heng Swee Keat jelas sudah melakukan yang terbaik untuk mengatasi pelbagai cabaran ekonomi. Tidak menghairankan bagi saya jika beliau kekal sebagai DPM yang menyelia pembangunan ekonomi walaupun selepas rombakan Kabinet dijalankan," tambah beliau.
Pertahanan juga penting buat Singapura, dan sesiapa yang mengambil alih Encik Wong sebagai Timbalan Perdana Menteri seterusnya kemungkinan mempunyai pengalaman dalam bidang itu, kata pengamat politik bebas, Felix Tan.

Beliau turut menyebut nama Encik Chan sebagai seorang lagi calon sesuai kerana ahli politik itu pernah berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura dari 1987 hingga 2011 sebelum menyertai politik.
Penolong Prof Ong bagaimanapun berkata, terdapat perbincangan mengenai Encik Shanmugam menjadi Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara.

Beliau menarik perhatian kepada Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean yang dahulu berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Antara Menteri Kanan atau Timbalan Perdana Menteri - Saya rasa Menteri Shanmugam akan menjadi calon yang layak," kata Penolong Profesor Ong.
Encik Singh, mantan AP, berpandangan bahawa Encik Shanmugam akan menjadi calon yang baik disebabkan ikatannya kepada kedua-dua barisan pemimpin 3G dan 4G.
"Sedikit sebanyak kesinambungan akan berguna buat pasukan baharu, dan Encik Shanmugam boleh menjadi individu yang menghubungkan mereka," katanya.

Encik Ong juga boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri seterusnya kerana beliau pernah bekerja rapat dengan Encik Wong dalam pasukan bertindak COVID-19, kata Penolong Prof Ong.
Seandainya mereka mempunyai hubungan kerja yang baik, Encik Ong akan menjadi "calon sesuai" bagi jawatan tersebut, ulasnya lagi.
Ia bakal menjadi sesuatu yang menarik untuk melihat barisan menteri kanan mengundurkan diri dan menteri-menteri lebih muda pula dinaikkan pangkat, kata para penganalisis.
Penolong Prof Ong turut menekankan bahawa Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam kalangan menteri paling lama berkhidmat di dalam Kabinet.
"Jika ada sebarang pengunduran, kami boleh menjangkakan mereka yang berbuat demikian... Saya rasa mereka berdua paling berkemungkinan (mengundurkan diri)," katanya lagi.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.