Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Romania, SG boleh teroka bidang baru bagi perkukuh hubungan ekonomi, kata Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Romania, SG boleh teroka bidang baru bagi perkukuh hubungan ekonomi, kata Presiden Halimah

(Gambar: Facebook/Halimah Yacob)

Diterbitkan : 10 Mar 2023 08:35PM Dikemas Kini : 10 Mar 2023 08:38PM
SINGAPURA: Singapura dan Romania mengesahkan peri pentingnya mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta meneroka bidang-bidang baru yang ada kepentingan bersama.

Ia termasuk kerjasama lebih mendalam dalam keselamatan siber dan juga pendigitalan.

Presiden Iohannis menerima sambutan penuh beristiadat di Istana pada pagi Jumaat (10 Mac) iaitu hari kedua lawatannya ke Singapura.

Lawatan Presiden Romania Klaus Werner Iohannis ke Singapura, atas undangan Presiden Halimah Yacob, sempena ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik dua hala.

Beliau kemudian mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah untuk membincangkan topik-topik seperti perlunya kerjasama antarabangsa dalam isu-isu sejagat seperti perubahan iklim.

Menurut Presiden Halimah, beliau berharap untuk mengakrabkan lagi hubungan sesama rakyat dan meneroka lebih banyak pertukaran pendidikan serta budaya dengan Romania.

Presiden Iohannis dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan lagi hubungan.

Para pemimpin itu juga bertukar-tukar pandangan mengenai keselamatan serantau dan kerjasama di peringkat berbilang hala.

Sejenis bunga orkid hibrid juga diberi nama sempena nama Presiden Iohannis dan isterinya bagi memperingati lawatan mereka itu.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan