ROM, ROMM bakal berwajah baru; kerja ubah elok bermula pertengahan 2020
Pejabat Pendaftaran Pernikahan Sivil dan Orang Islam di Fort Canning akan berwajah baru.
SINGAPURA: Pejabat Pendaftaran Pernikahan Sivil dan Orang Islam di Fort Canning akan berwajah baru.
Pendaftar Pernikahan (ROM) dan Pendaftar Pernikahan Orang-Orang Islam (ROMM) bakal bekerjasama dengan 150 pelajar sekolah reka bentuk dari tiga Institut Pengajian Tinggi untuk tujuan itu.
Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee, hari ini (11 Mac).
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, para pelajar akan mengemukakan cadangan reka bentuk untuk bangunan ini.
Unsur-unsur yang boleh diterima pakai akan dipertimbangkan oleh ROM
serta ROMM dan bakal disertakan dalam pelan pembaharuan bangunan itu kelak.
Kerja-kerja ubah elok dijangka bermula sekitar pertengahan tahun depan dan mengambil masa sehingga dua tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.