Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rochor Centre mula dirobohkan pada 26 Jun

Rochor Centre akan mula dirobohkan pada 26 Jun sebagai persiapan bagi pembinaan Koridor Utara-Selatan(NSC). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2018 12:15PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:39PM

SINGAPURA: Rochor Centre akan mula dirobohkan pada 26 Jun sebagai persiapan bagi pembinaan Koridor Utara-Selatan(NSC).

Ini menurut kenyataan media oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (20 Jun).

Empat blok perumahan akan dirobohkan bermula dari tingkat atas, menurut LTA.

Struktur bangunan akan diruntuhkan secara bertahap-tahap dari tingkat ke tingkat menggunakan mesin.

Proses merobohkan bangunan tersebut dijangka selesai pada April 2019, tambah pihak LTA.

"Bagi kemudahan pejalan kaki semasa kerja-kerja dijalankan, laluan berbumbung sudah disediakan di laluan alternatif sekitar tapak berkenaan," menurut LTA.

Terdapat juga papan tanda bagi melencongkan laluan pejalan kaki.

Kawasan kerja ditutup dengan penghadang bunyi dan skrin pelindung habuk dipasang bagi mengurangkan kesan bunyi bising. Sistem penyemburan air pula akan digunakan untuk mengurangkan "partikel habuk" sewaktu kerja-kerja itu dijalankan.

"Kontraktor juga dikehendaki memantau dan mematuhi paras bunyi yang ditetapkan oleh peraturan sedia ada."

LTA menambah pihaknya akan terus bekerjasama dengan kontraktor untuk memantau dan mengurangkan ketidakselesaan orang awam.

Kerja-kerja pembinaan NSC berhampiran Rochor Centre akan dimulakan sesudah kerja-kerja ini selesai dijalankan. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan