Skip to main content

Singapura

Robot peronda polis diperkenal di merata SG; 2 sudah 'bertugas' di Lapangan Terbang Changi

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jika anda sempat ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi baru-baru ini, anda mungkin akan terserempak dengan kakitangan polis yang lain daripada yang lain, sedang melakukan rondaan.

Dua robot peronda Pasukan Polis Singapura (SPF) itu dikerahkan di terminal tersebut sejak April lalu, bagi melengkapi pegawai polis barisan hadapan dengan meningkatkan tahap pengawasan di lapangan.

Bahkan, polis turut mendedahkan pada Khamis (15 Jun) bahawa terdapat rancangan untuk memperkenalkan robot seumpamanya di merata Singapura.

Kerahan terbaru kepada armada teknologi SPF itu dibuat selepas polis melakukan uji cuba terhadap pelbagai prototaip robot di bawah program MATAR. Sebuah versi robot peronda sebelum ini juga dikerahkan di acara Perbarisan Hari Kebangsaan tahun lalu.

Setiap robot dilengkapi dengan kamera yang mampu membuat rakaman 360 darjah. Kamera itu yang dipasang pada tiang yang boleh dinaikkan sehingga 2.3 meter, membolehkan pegawai di bilik operasi polis lapangan terbang mempunyai pemandangan yang lebih baik tentang apa yang berlaku di lapangan.

Orangramai hanya perlu menekan butang di depan robot tersebut untuk menghubungi polis lapangan terbang secara langsung dan mendapat respons segera daripada seorang pegawai di bilik operasi.

Robot-robot tersebut akan menyiarkan mesej audio menerusi pembesar suara di samping memaparkan mesej - seperti "Operasi Polis Sedang Dijalankan" - pada sebauh panel LCD.

Dengan bantuan blinker, semboyan dan pembesar suara, robot itu juga dapat menyekat akses kepada sesebuah kawasan atau memberi amaran kepada orang ramai semasa berlakunya sesebuah kejadian sebelum ketibaan pegawai.

Rakaman video yang disiarkan secara langsung akan dirakam dan disimpan dalam bilik operasi selama 30 hari.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita