Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Robot keselamatan buat rondaan di WGS

Kerja rondaan dan menjaga keselamatan Wisma Geylang Serai (WGS) akan dilakukan oleh robot. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kerja rondaan dan menjaga keselamatan Wisma Geylang Serai (WGS) akan dilakukan oleh robot.

Pengawal keselamatan canggih itu diperkenalkan dalam sesi taklimat oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Luar, Dr Mohamad Maliki Osman hari ini (1 Nov) untuk memberi perkembangan terkini projek WGS yang dipimpinnya

Menurut Dr Maliki meskipun visi WGS adalah untuk menjadi pusat budaya dan wadah mempamerkan budaya Melayu Singapura, pihak pengurusannya juga mahu memastikan masyarakat dapat melihat bagaimana teknologi boleh digunakan untuk memperkemaskan perkhidmatan di pusat bersepadu itu.

"Robot merupakan salah satu manifestasi teknologi baru. Kita harap kita boleh lihat bagaimana robot boleh digunakan untuk perkhidmatan di WGS misalnya perkhidmatan keselamatan yang penting sekali dalam pusat yang terbuka seperti WGS," kongsi Dr Maliki.

"Kami juga berharap teknologi-teknologi baru ini diberi ruang untuk bertapak di sini. Kami mahu anak-anak muda merasakan WGS adalah pusat mereka kerana anak muda begitu fasih sekali dengan teknologi-teknologi baru,"tambah Dr Maliki lagi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan