Robot, kecerdasan buatan pacu masa depan kebersihan SG: NEA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Kerja-kerja pembersihan di Singapura mungkin dijalankan oleh robot pada masa akan datang.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang mengusahakan penggunaan robot dalam industri perkhidmatan alam sekitar.
NEA juga mengkaji bukan sebarang robot tetapi jenis yang dikendalikan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).
Usaha itu diharap dapat menambah baik kecekapan dan keselamatan para pekerja, di samping mengurangkan pengeluaran karbon dalam sektor berkenaan.
Robot-robot baharu sebegini sudahpun digunakan di Sungei Seletar, bagi membersihkan sebanyak 50 kilogram sisa pasda satu-satu masa daripada sungai dan terusan.
Ia bukan sahaja memanfaatkan AI untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan, malah lebih bijak lagi.
Ketua saintis Weston Robot berkata: "Pembersihan Zig Zag adalah sangat autonomi. Tetapi kadangkala, tidak ada sampah di sana. Dengan AI, robot kami dapat mengetahui ada sampah di sana. Robot kami boleh pergi ke sana dan mengutip sampah dengan lebih berkesan."
Menurut syarikat robot Weston Robot, ia juga boleh dikuasakan menggunakan panel suria.
Robot ini dipamerkan di Sidang Kemuncak CleanEnviro (CESG), di mana NEA memaparkan teknologi baharu yang dibangunkan buat sektor pembersihan, serta menyatukan pereka inovasi bersama para pelabur.
Pengarah Urusan CESG Kwok Wai Choong: "Jadi kami menyatukan buat pertama kalinya, saya rasa lebih 40 pereka inovasi, yang merupakan salah satu daripada jumlah terbesar kami, untuk berkongsi dan mengemukakan beberapa penyelesaian mereka serta mempamerkan prototaip sedia ada. Kepada hadirin, kami membawa masuk pelabur yang bekerjasama dengan Enterprise Singapore, serta A*STAR."
Ia menandakan peralihan yang pertumbuhan dalam industri perkhidmatan alam sekitar kepada robot dan teknologi canggih lain.
Usaha ini turut disokong NEA menerusi saluran dana terhadap inovasi baharu.
Antaranya termasuk robot bernama "Falcon" yang tertumpu kepada tikus.
Dicipta oleh pengkaji Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), ia direka untuk membersihkan sudut-sudut yang sukar untuk diakses, serta menjalankan tugas yang berbahaya buat manusia.
Inovasi sebeginilah yang dijangka mengubah cara hidup dan kebersihan di Singapura, sedang pemerintah dan syarikat semakin tertumpu kepada teknologi masa depan untuk menyelesaikan masalah masa kini.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.