Robot Home Team, Rover-X dipertingkat fungsi untuk sertai barisan hadapan
Anjing robot pasukan Home Team yang dipanggil Rover-X, kini mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang lebih hebat.
SINGAPURA: Anjing robot pasukan Home Team yang dipanggil Rover-X, kini mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang lebih hebat.
Rover-X dijangka dapat melindungi pegawai dengan lebih baik sekiranya melakukan misi-misi berbahaya.
Tempoh percubaan robot itu dijangka berakhir pada pertengahan tahun ini.
Versi Rover-X yang terbaru itu boleh mengimbas sekitaran dengan sendiri tanpa diberi maklumat awal tentang kawasan itu.
Ia hasil kamera baru serta pengimbas laser 3D yang dilengkapkan pada robot tersebut, menjadikan Rover-X aset sempurna untuk menjalankan operasi berisiko tinggi seperti usaha menyelamat di tempat-tempat bencana.
Robot yang masih menjalani proses percubaan itu memerlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk diperhalusi fungsinya.
Setakat ini, ada lima unit Rover-X yang sedang menjalani ujian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.