Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Robot H-Man bantu pesakit angin ahmar gerak semula tangan dengan lebih pantas

Sebuah robot dilancarkan hari ini (28 Okt) yang dapat membantu pesakit angin ahmar menggerakkan semula tangan mereka dengan lebih pantas jika digunakan dengan terapi konvensional.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2020 08:37PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 08:58PM

SINGAPURA: Sebuah robot dilancarkan hari ini (28 Okt) yang dapat membantu pesakit angin ahmar menggerakkan semula tangan mereka dengan lebih pantas jika digunakan dengan terapi konvensional.

Robot H-Man dicipta oleh ahli-ahli sains dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan pasukan perubatan Hospital Tan Tock Seng.

Pesakit, seperti mereka yang diserang angin ahmar atau mengalami kecederaan boleh bermain permainan di mesin itu.

Robot H-Man boleh merasakan kekuatan lengan pesakit dan membuat keputusan untuk menambah atau mengurangkan daya tahannya.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa pesakit mencapai kemajuan 46 peratus lebih tinggi apabila menggunakan H-man bersama terapi konvensional, berbanding dengan hanya menjalani terapi konvensional.

Hospital Tan Tock Seng merancang menggunakan robot itu dalam program rawatannya tahun depan. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan