Skip to main content

Singapura

Robot beroda & robot manusia akan pandu, iring buat persembahan di Pusat Sains SG

Anggaran Waktu Membaca:
Robot beroda & robot manusia akan pandu, iring buat persembahan di Pusat Sains SG

(Gambar: Pusat Sains Singapura)

Diterbitkan : 09 Apr 2026 09:46PM
SINGAPURA: Robot beroda dan robot manusia akan menjadi jurupandu, pengiring serta membuat persembahan di Pusat Sains Singapura.

Itulah yang akan anda saksikan di RoboFest 2026.

Pesta robotik dan kecerdasan buatan empat hari itu dianjurkan Pusat Sains Singapura buat julung-julung kalinya.

Di RoboFest, para pengunjung boleh menghadiri ceramah dan sesi perkongsian oleh pakar-pakar industri serta para pendidik.

Anda juga berpeluang menyaksikan demonstrasi projek-projek para pelajar serta mempelajari pengekodan dron dan cara memprogram robot manusia.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita