Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Robot bawa warisan lebih dekat kepada penghuni rumah warga tua

Ingin mengunjungi muzium tanpa meninggalkan rumah anda? Kini, anda boleh berbuat demikian dengan bantuan sebuah robot.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Mar 2019 11:15PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 11:19PM

SINGAPURA: Ingin mengunjungi muzium tanpa meninggalkan rumah anda? Kini, anda boleh berbuat demikian dengan bantuan sebuah robot.

Ia merupakan sebahagian daripada rancangan Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk membawakan kesenian dan kebudayaan kepada mereka yang tidak mampu secara fizikal untuk ke tapak-tapak warisan tempatan.

Satu percubaan kini sedang dijalankan di salah sebuah rumah jagaan warga tua.

Melalui robot bergerak itu, para penghuni di rumah jagaan St Andrew's dibawa 'melawat' Dewan Peringatan Sun Yat Sen.

Mereka hanya memerlukan sebuah komputer riba dan sofwe yang disambungkan kepada robot tersebut.

Program dinamakan "Be My Robo-Date" itu membolehkan
para pengunjung untuk melawat bangunan-bangunan warisan tanpa perlu keluar rumah.

Robot tersebut akan ditemani seorang pegawai muzium.

Namun, menurut Rumah Penjagaan St Andrew's,
golongan warga tua mungkin menghadapi cabaran untuk mengawal robot itu sendiri.

Program itu juga memerlukan isyarat wifi yang kuat untuk berfungsi.

Tempoh percubaan adalah dari sekarang hingga akhir Mei depan, sebelum pelancaran rasmi pada Jun ini.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan