RLAF, UNICEF adakan kutipan dana khas untuk mangsa Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SAID KHATIB / AFP
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengadakan kutipan dana khas bagi membantu mangsa perang di Gaza.
Rayuan bagi mengumpul derma itu bermula Rabu (20 Mac) hingga Selasa depan (26 Mac), menurut RLAF dalam kenyataannya pada Selasa (19 Mac) sambil menambah ia menerima permit untuk menjalankan usaha pengumpulan derma daripada Pesuruhjaya Amal.
Dana itu bertujuan menyediakan bantuan dalam memenuhi keperluan kesihatan, perkhidmatan penting dan tempat perlindungan bagi kanak-kanak serta keluarga mereka yang menjadi mangsa serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Orang ramai boleh menderma menerusi kaedah digital, PayNow, pemindahan wang menerusi bank atau cek.
■ PayNow – sertakan UEN: 200910530ZRLA dan nyatakan ‘GAZA2024’ dalam ruangan butiran tambahan
■ Giving.SG – menerusi kempen di giving.sg/donate/campaign/Gaza2024c
■ Pemindahan wang antara bank melalui RLAF ke 'OCBC Current Account' dengan nombor akaun 601313315001
■ Cek kepada ‘RLAF’ - nyatakan di bahagian belakang cek: nama dan nombor telefon penderma, selain menandakan “GAZA2024”. Cek boleh dikirimkan ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapore 579702)
Semua masjid di Singapura juga akan menyediakan tabung derma khas ditandakan ‘Ramadan Appeal for Gaza’ pada Jumaat (22 Mac).
Semua sumbangan akan disalurkan menerusi UNICEF yang secara aktif menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas, kata RLAF.
Pengumpulan dana itu adalah pusingan kedua RLAF menganjurkan kutipan derma untuk mangsa di Gaza.
Pusingan pertama diadakan dari 19 Oktober hingga 17 November 2023 dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat Bangsa Bangsa Bersatu (UNRWA).
Jumlah yang terkumpul sebanyak S$8,114,422.
Menurut RLAF, sekitar 1.7 juta orang atau lebih separuh daripada keseluruhan penduduk Gaza, telah dipindahkan dengan separuh adalah kanak-kanak.
Kanak-kanak di Gaza menghadapi kesan maut penyakit dan kekurangan zat makanan akibat akses terhad kepada air bersih, makanan, dan sanitasi.
Sejak pertengahan Oktober 2023, lebih 152,000 kes cirit-birit telah dilaporkan, dengan lebih separuh daripadanya menjejaskan kanak-kanak.
Lebih 90 peratus kanak-kanak berumur enam hingga 23 bulan mengalami kekurangan makanan yang teruk.
Kekurangan air yang selamat diminum, air yang tidak mencukupi untuk memasak dan kebersihan memburukkan lagi kekurangan zat makanan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.