RLAF tunggu siasatan menyeluruh terhadap UNRWA
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) buat masa ini belum mengambil sebarang keputusan dalam kerjasama dengan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Ini selepas timbul dakwaan bahawa mereka "bersekongkol dengan Hamas".
Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan BERITA Mediacorp, RLAF menyatakan:
"Buat masa ini, siasatan terhadap UNRWA masih sedang dijalankan. Lantaran itu, RLAF akan membiarkan UN dan UNRWA menyiasat dakwaan-dakwaan itu sepenuhnya dan secara menyeluruh.
RLAF kekal komited dalam mengekalkan ketelusan dan integriti sebaik-baiknya dalam kesemua usaha-usaha pengumpulan dan pengagihannya dan melindungi dana-dana untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat bantuan kemanusiaannya".
Dalam kutipan derma bagi Gaza pada Oktober lalu, RLAF bekerjasama dengan UNRWA untuk sediakan bantuan dalam bentuk perlindungan dan kesihatan akibat konflik Israel-Hamas.
Usaha tersebut berjaya meraih S$6,788,897.
Pada November lalu, RLAF sudah menyerahkan S$2 juta kepada wakil UNRWA di Kaherah, Mesir.
Buat masa ini, lebih 10 negara sudahpun menggantung saluran dana tambahan untuk Agensi Bantuan dan Kerja menerusi UNWRA .
Ia termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Britain, Itali, Australia dan Finland.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang mengesahkan pada Isnin (29 Jan) bahawa Israel telah mengedarkan dokumen risikan yang mendakwa beberapa kakitangan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin UNRWA mengambil bahagian dalam serangan 7 Oktober dari Gaza.
BACA:
Buat masa ini, daripada 12 kakitangan UNRWA yang didakwa terbabit, sembilan sudah dipecat, seorang lagi terkorban dan identiti lagi dua individu masih lagi dikenal pasti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.