RLAF serah sumbangan masyarakat bernilai lebih S$635,000, bantu mangsa bencana & krisis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menyerahkan cek sumbangan bernilai lebih S$635,000 kepada Palang Merah Singapura (SRC), Mercy Relief dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada Rabu (18 Mac).
Ia bagi membantu mangsa yang terjejas oleh bencana alam di Afghanistan, Pakistan, Indonesia serta krisis kemanusiaan yang berterusan di Sudan.
Sumbangan yang diserahkan adalah hasil derma masyarakat bagi tiga kutipan yang dijalankan RLAF tahun lalu.
Ia bertujuan menyediakan keperluan kecemasan asas, termasuk makanan, bantuan perubatan serta sokongan pendidikan.
Daripada lebih S$635,000 yang dikumpulkan, sebanyak S$165,000 diperoleh menerusi kempen kutipan derma RLAF dan SRC bagi mangsa bencana alam di Afghanistan dan Pakistan, yang berlangsung dari 15 September hingga 5 Oktober 2025.

Sebanyak S$300,861 pula dikumpulkan menerusi usaha pengumpulan dana dari 19 November hingga 3 Disember bagi menyalurkan bantuan kepada krisis kemanusiaan yang meruncing di Sudan. Ia dilakukan dengan kerjasama RLAF bersama UNHCR.
Manakala, baki S$170,000 disalurkan kepada mangsa banjir di Sri Lanka dan Indonesia, hasil kutipan yang dijalankan dari 17 hingga 31 Disember.
Penyerahan cek tersebut disaksikan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, selaku tetamu terhormat.
SUMBANGAN MASYARAKAT BAGI GOLONGAN MEMERLUKAN TERMASUK DI LUAR NEGARA, CERMINKAN NILAI IHSAN, PERPADUAN: DR FAISHAL IBRAHIM
Menurut Dr Faishal, kerjasama RLAF dengan pelbagai rakan kerjasama lain dalam mengumpul dana itu "memberi keyakinan kepada para penerima bahawa sumbangan mereka akan sampai kepada golongan yang memerlukan".
Dr Faishal turut menekankan bagaimana sumbangan masyarakat mencerminkan nilai yang kebersamaan yang dipegang.
"Setiap sumbangan mencerminkan nilai bersama kita, iaitu sifat ihsan dan perpaduan. Walaupun Singapura adalah sebuah negara yang kecil, usaha bersama kita amat bermakna," jelasnya.
Beliau meluahkan rasa terharunya atas kemurahan hati rakyat Singapura kerana sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan, termasuk di luar negara.
Selain platform derma online, kempen tersebut turut dijalankan di masjid-masjid serata negara.
KEMPEN 'AID FOR GAZA 2026' MASIH DIJALANKAN SEHINGGA HUJUNG MAC 2026
Dalam semangat menyambut Hari Raya yang bakal menjelang, Dr Faishal turut menyeru orang ramai agar terus mengingati golongan yang memerlukan di segenap pelosok dunia.
Di samping itu, beliau meminta orang ramai untuk terus menyumbang kepada kempen kutipan dana 'Aid For Gaza 2026', bagi menyokong usaha bantuan kecemasan kepada orang awam yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.
Kempen tersebut, yang mula dijalankan dari 8 Januari tahun ini, akan berlangsung sehingga akhir bulan ini.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.