Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF sasar kumpul $240,000; agih baucar barang rumah kepada 7,000 keluarga sempena Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) melancarkan projek 'Blessings to All' untuk membawa keceriaan kepada keluarga dan individu yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

Menyusuli kejayaan projek 'SGUnited Buka Puasa' pada 2020 dan projek 'Blessings to All' pada 2021 dan 2022, RLAF sekali lagi ingin meneruskan usaha murni ini demi menyebarkan berkat bulan Ramadan kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira agama, kaum atau latar belakang.

Kali ini, RLAF menyasarkan untuk mengutip sebanyak S$240,000 bagi menghulurkan baucar makanan harian dan keperluan barang rumah kepada 7,000 keluarga, menurut kenyataan yang dikeluarkan RLAF pada Selasa (21 Mac).

Pengagihan baucar itu akan melibatkan sekitar 200 sukarelawan RLAF, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA MESRA, M3@Towns, Pusat Harmoni dan beberapa pertubuhan agama.

Para pegawai dan sukarelawan akan dikerahkan pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan ini ke pelbagai pusat pengagihan di merata Singapura.

Menerusi penyertaan sukaralewan dan penerima bantuan daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, RLAF merancang untuk menyatukan masyarakat dan mewujudkan semangat perpaduan melalui sumbangan kepada masyarakat dan membawa kesan positif kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, pertubuhan itu juga ingin memupuk semangat dan budaya memberi, sikap empati dan belas kasihan sempena bulan Ramadan ini.

Orang ramai boleh menderma dari 21 Mac hingga Jumaat (21 Apr) menerusi:

- PayNow - UEN RLAF: 200910530Z dan letakkan 'BTA2023' di bawah ruang 'Remarks'

- Lelaman Giving.SG - giving.sg/rlafoundationsg/blessingstoall2023

- Lelaman Muslim.SG - RLAF - Blessings to All 2023

- Pindahan dana melalui Akaun (Current Account) OCBC RLAF - nombor akaun: 629069154001

- Cek kepada 'RLAF' - di belakang cek, tulis nama penderma, nombor telefon, NRIC atau nombor UEN syarikat dan letakkan 'Blessings to All 2023'

Orang ramai juga boleh mengirimkan cek itu kepada RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapura 579702).
Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan