Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF rancang kumpul S$240,000; sasar bantu 8,000 keluarga memerlukan sempena Ramadan

Yayasan Rahmatan lil Alamin (RLAF) melancarkan kutipan dana bagi mengagihkan pek habuan RLAF kepada 8,000 keluarga memerlukan sempena Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan lil Alamin (RLAF) melancarkan kutipan dana bagi mengagihkan pek habuan RLAF kepada 8,000 keluarga memerlukan sempena Ramadan.

Ini menyusuli kejayaan projek-projek kendalian RLAF sebelum ini iaitu SGUnited Buka Puasa pada 2020 dan Projek RLAF pada 2021 yang turut dijalankan sempena Ramadan.

Setiap pek habuan RLAF itu akan diisi dengan barangan keperluan seperti baucar barangan dapur dan keperluan bagi jagaan kebersihan dan perlindungan diri serta jagaan kesihatan, menurut RLAF.

Atas tujuan itu, RLAF menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak S$240,000 secara keseluruhannya menerusi wadah www.giving.sg dari 3 Mac hingga 25 April 2022.

Pengagihan pek-pek habuan itu akan melibatkan sekitar 200 relawan RLAF, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), PA MESRA, Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC), Pusat Harmoni dan beberapa masjid tempatan.

Selain itu, bagi memperkasakan golongan kurang upaya, RLAF juga akan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka untuk membantu membungkus pek-pek habuan tersebut.

Orang ramai boleh menderma menerusi

  • PayNow - Nombor Entiti Unik (UEN) RLAF: 200910530Z dan meletakkan 'BTA2022' di ruang 'Reference'.
  • lelaman Giving.sg - giving.sg/rlafoundationsg/blessingstoall2022
  • lelaman Muslim.SG – RLAF – Blessings to All 2022

Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang derma menerusi pindahan dana melalui Akaun (Current Account) OCBC melalui nombor akaun: 629069154001

Derma dalam bentuk cek juga boleh dibuat kepada 'RLAF', dengan menuliskan 'Blessings to All 2022' pada cek tersebut dan mengirimkannya kepada RLAF
(Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapura 579702).

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan