Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF, Palang Merah S'pura kumpul dana bantu mangsa banjir besar M'sia

Satu kutipan dana akan dilancarkan oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura bagi membantu para mangsa banjir di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu kutipan dana akan dilancarkan oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura bagi membantu para mangsa banjir di Malaysia.

Demikian menurut RLAF dalam kenyataan medianya hari ini (24 Jan).

Banjir besar yang melanda Malaysia pada Disember 2021 menyebabkan lebih 71,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 48 terkorban.

Bencana itu juga merupakan banjir paling dahsyat yang pernah melanda Malaysia sejak 1996, menjejas lapan negeri di negara itu.

Kerosakan harta benda secara meluas turut menyebabkan ramai penduduk kehilangan mata pencarian.

RLAF akan mengadakan kutipan dana secara online menerusi pelbagai wadah bermula hari ini (24 Jan) sehingga 30 Jan 2022 untuk bantu menyediakan keperluan asas (makanan dan kit kebersihan diri) dan sokongan kesihatan mental dan psikososial kepada para mangsa.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi pelbagai wadah online atau dengan menyampaikan cek melalui cara-cara berikut:

a. PayNow - taip UEN RLAF: 200910530ZCHQ dan tulis "Malaysia Flood"

b. Kempen Giving.sg di giving.sg/rlafoundationsg/malaysiaflood

c. Muslim.SG – RLAF – Malaysia Flood

d. Pindahan dana elektronik kepada RLAF (Yayasan Rahmatan lil Alaman) - OCBC Current Account (no. akaun: 601313315001)

e. Tulis cek yang ditujukan kepada 'RLAF'. Pada bahagian belakang cek, tulis nama penderma, nombor telefon dan tuliskan 'Malaysia Flood'.

Hantarkan cek anda kepada RLAF (Masjid
Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau MUIS (No. 273
Braddell Road, Singapura 579702)

Semua sumbangan derma akan disalurkan menerusi Palang Merah Singapura yang sedang bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk menghantar bantuan kepada masyarakat yang terjejas.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan