Skip to main content

Singapura

RLAF, Palang Merah SG adakan kutipan dana khas untuk mangsa gempa Myanmar dan Thailand

Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura (SRC) mengadakan kutipan dana khas bagi membantu mangsa gempa bumi di Myanmar dan Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF, Palang Merah SG adakan kutipan dana khas untuk mangsa gempa Myanmar dan Thailand

Seorang pekerja penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat di pembangunan Kondominium Sky Villa yang musnah di Mandalay pada 29 Mac 2025, selang sehari selepas gempa kuat menggoncang bahagian tengah Myanmar. (Gambar: AFP/Sai Aung Main)

Diterbitkan : 03 Apr 2025 05:46PM Dikemas Kini : 03 Apr 2025 05:47PM

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura (SRC) mengadakan kutipan dana khas bagi membantu mangsa gempa bumi di Myanmar dan Thailand.

Usaha itu bertujuan menghulurkan bantuan kemanusiaan segera kepada mereka yang terjejas teruk oleh bencana itu, menurut kenyataan RLAF pada Khamis (3 Apr).

Gempa bumi dahsyat di Myanmar telah menimpakan kemusnahan secara meluas, menyebabkan beribu-ribu orang cedera, kehilangan tempat tinggal dan perlukan bantuan segera.

Rayuan bagi mengumpul derma itu bermula Rabu (2 Apr) hingga 30 April 2025, menurut RLAF dalam kenyataannya.

Usaha pengumpulan dana itu akan dijalankan menerusi pendekatan berbilang model iaitu melalui kutipan dana menerusi online dan di masjid.

Dana yang terkumpul akan digunakan untuk memperoleh dan mengagihkan bekalan penting seperti makanan, minuman, selimut, kain terpal dan kit kebersihan kepada masyarakat yang terjejas di Myanmar dan Thailand.

Orang ramai boleh menderma menerusi kaedah digital, PayNow, pemindahan wang menerusi bank atau cek.
 

  1. PayNow - sertakan UEN: 200910530ZRLA dan nyatakan ‘AIDFORMYANMARTHAI’ dalam ruangan butiran tambahan
  2. GivePlease – menerusi kempen di https://tinyurl.com/aidmyanmarthai2025
  3. Pemindahan wang antara bank melalui RLAF ke 'OCBC Current Account' dengan nombor akaun 601313315001
  4. Cek kepada ‘RLAF’ - nyatakan di bahagian belakang cek: nama dan nombor telefon penderma, selain menandakan “AIDFORMYANMARTHAI”. Cek boleh dikirimkan ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740).
     
Selain itu, masjid-masjid di seluruh Singapura juga akan menyediakan tabung derma khas mulai Jumaat (4 Apr) hingga Khamis (10 Apr).

Semua sumbangan akan disalurkan menerusi Palang Merah Singapura untuk memastikan perolehan dan penghantaran berkesan barangan dan perkhidmatan bantuan penting kepada mangsa gempa di Myanmar dan Thailand, menurut RLAF.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita