Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF, Palang Merah lancar inisiatif pengumpulan dana bagi mangsa letupan Beirut

Tragedi letupan di Beirut, Lubnan meragut nyawa sekurang-kurangnya 137 orang. Lebih 5,000 orang pula dilaporkan cedera manakala 300,000  dipercayai hilang tempat tinggal.

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF, Palang Merah lancar inisiatif pengumpulan dana bagi mangsa letupan Beirut

Pemandangan menunjukkan tapak letupan di kawasan pelabuhan Beirut, Lubnan, pada 5 Ogos 2020. (Gambar: Issam Abdallah/REUTERS)

SINGAPURA: Tragedi letupan di Beirut, Lubnan meragut nyawa sekurang-kurangnya 137 orang. Lebih 5,000 orang pula dilaporkan cedera manakala 300,000 dipercayai hilang tempat tinggal.

Dalam usaha membantu mangsa peristiwa dahsyat itu, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menjalankan inisiatif pengumpulan dana, dengan kerjasama Persatuan Palang Merah Singapura (SRC). Usaha tersebut bagi menyediakan bantuan dan bekalan kecemasan serta perubatan yang amat diperlukan bagi merawat mangsa.

Dana yang terkumpul juga bagi menyokong pembangunan semula kehidupan penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

Keadaan lebih mendesak lagi dengan Lubnan seperti negara lain, juga masih berdepan dengan penularan pandemik COVID-19.

"Atas sebab itu, RLAF menjalankan pengumpulan dana melalui pelbagai platform bermula hari ini, Jumaat, 7 Ogos hingga 14 Ogos 2020 bagi membantu mempercepatkan usaha membantu warga Lubnan yang paling terjejas, pulih daripada tragedi ini," menurut RLAF.

SUMBANG SECARA ONLINE

Mereka yang mahu menderma boleh membuat sumbangan melalui kaedah online.

Salah satu cara ialah menerusi Giving.SG di giving.sg/rlafoundationsg/beirutrelief.

Mereka yang mahu menderma melalui PayNow pula boleh berbuat demikian dengan nombor entiti unik (UEN) 200910530Z serta catatan 'Beirut Relief'.

Sumbangan juga boleh dibuat di Muslim.SG melalui 'RLAF Beirut Relief'.

Mereka yang ingin menyumbang melalui cek juga boleh mengirimkannya kepada 'RLAF', dengan butiran nama penderma, nombor telefon dan catitkan "Beirut Relief" di belakang cek.

Cek itu kemudian boleh dihantar ke RLAF di alamat Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740 atau ke MUIS di alamat No. 273 Braddell Road, Singapore 579702.

Semua sumbangan akan disalurkan menerusi SRC yang juga memulakan rayuan pengumpulan dana bagi usaha bantuan oleh Palang Merah Lubnan.

Pada 2017, RLAF menghulurkan bantuan kepada warga Lubnan, yang kebanyakannya pelarian Syria apabila ia bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak pelarian menerima pendidikan berterusan melalui pendampingan dan program pendidikan ibu bapa di beberapa bahagian di Lubnan.

"Ingatan kami bersama keluarga-keluarga mangsa insiden yang malang ini," ujar RLAF.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan