Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF mula kutipan derma sokong bantuan kemanusiaan bagi penduduk Yaman

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk derma bagi para penduduk Yaman mulai Jumaat (27 Ogos) menerusi satu kerjasama antara Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF mula kutipan derma sokong bantuan kemanusiaan bagi penduduk Yaman

Seorang ibu penduduk Yaman dan keluarganya di khemah sementara di Sana'a. (Gambar: UNHCR)

SINGAPURA: Orang ramai boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk derma bagi para penduduk Yaman mulai Jumaat (27 Ogos) menerusi satu kerjasama antara Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Usaha itu bertujuan untuk menyediakan bantuan kesihatan, perlindungan dan sokongan-sokongan sosial bagi golongan masyarakat memerlukan dan terjejas di Yaman.

Buat masa ini, sekitar 20 juta rakyat Yaman amat memerlukan bantuan kemanusiaan manakala lebih empat juta penduduknya dipindahkan secara paksa ke merata negara .

Selain itu, 80 peratus penduduk Yaman kini hidup dalam keadaan serba miskin dengan ekonominya semakin memburuk dek pandemik COVID-19, sekali gus menyebabkan ramai penduduknya perlu berebut bagi bekalan sumber yang kian terbatas termasuk peluang pekerjaan dan akses kepada khidmat awam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh RLAF hari ini (26 Ogos), bantuan yang akan dihulurkan antaranya akan membantu rakyat Yaman yang terpaksa hidup dengan ketiadaan atau kurang akses kepada bekalan air, sistem pengurusan sisa dan saliran yang boleh membawa risiko kepada penyakit bawaan air.

Lantaran itu, menyediakan tempat perlindungan yang selamat dan tempat perlindungan yang memadai sebagai perlindungan fizikal merupakan satu keutamaan.

HULURKAN DERMA MENERUSI PELBAGAI WADAH

RLAF akan melancarkan pengumpulan dana secara online menerusi pelbagai wadah mulai Jumaat (27 Ogos) hingga Khamis depan (2 Sep).

Hasil dana yang terkumpul akan dihulurkan bagi usaha bantuan menyediakan keperluan perlindungan dan keselamatan rakyat Yaman.

Orang ramai boleh menderma menerusi

  • PayNow - Nombor Entiti Unik (UEN) RLAF: 200910530ZCHQ dan meletakkan Yemen di ruang 'Reference'.
  • lelaman Giving.sg - giving.sg/rlafoundationsg/Yemen
  • lelaman Muslim.SG – RLAF – Rayuan Kemanusiaan Yaman

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan derma menerusi pindahan wang antara bank ke Akaun (Current Account) OCBC melalui nombor akaun: 601313315001.

Derma dalam bentuk cek juga boleh dibuat kepada 'RLAF', dengan menuliskan 'Yemen' pada cek tersebut dan mengirimkannya kepada RLAF (Masjid Yusof Ishak, No. 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau MUIS (273 Braddell S(579702).

Kesemua wang derma akan disalurkan menerusi UNHCR memandangkan mereka beroperasi di lapangan dan bekerjasama dengan rakan kerja bagi menyediakan perlindungan dan bantuan kepada masyarakat di Yaman.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan