Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF, Mercy Relief kumpul dana bantu mangsa gempa Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF, Mercy Relief kumpul dana bantu mangsa gempa Indonesia

(Gambar: Mas Agung Wilis / AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 09:53PM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 11:19AM
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Mercy Relief menjalankan usaha mengumpul dana bagi menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas oleh gempa bumi yang melanda Jawa Barat, Indonesia.

Antara keperluan itu termasuk makanan, minuman, khemah untuk perteduhan sementara dan barangan kebersihan diri.

Gempa yang berlaku pada Isnin itu menjejas lebih 2.5 juta penduduk dengan 58,000 kehilangan tempat tinggal mereka.

Usaha mengumpul dana selama dua minggu itu diadakan secara online bermula Sabtu (26 Nov) hingga Khamis (15 Dis) untuk menyokong keperluan segera mangsa dan masyarakat yang terjejas.

Orang ramai boleh membuat sumbangan mereka menerusi kaedah-kaedah berikut:

1) PayNow – dengan UEN RLAF: 200910530ZRLA dan catatkan "West Java Earthquake"

2) Giving.SG – kempen di laman giving.
http://giving.sg/rlafoundationsg/westjavaearthquake

3) Pemindahan wang ke RLAF menerusi bank ke 'OCBC Current Account' di nombor akaun: 601313315001

4) Kirim cek kepada ‘RLAF’ serta tuliskan di bahagian belakang cek: nama penderma, nombor telefon dan catatkan “West Java Earthquake".

Hantarkan cek anda ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapura 579702)

Semua masjid di Singapura akan turut serta dalam kutipan khas melalui peti derma yang ditandakan "West Java Earthquake Appeal" bermula Isnin (28 Nov) hingga Ahad (4 Dis).

Semua dana yang terkumpul akan disalurkan melalui Mercy Relief yang berhubungan dengan rakan-rakan kerja di lapangan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang terjejas.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa